21 Nasihat Yang Baik

Dalam menjalani kehidupan, adalah penting untuk kita saling nasihat menasihati sesama insan. Sama ada sesama sahabat, suami isteri, keluarga dan sebagainya, kita perlu sentiasa saling mengingati supaya kehidupan kita sentiasa termotivasi, dan tidak menyimpang dari jalan yang benar. Berikut adalah beberapa kata nasihat yang baik yang boleh kita jadikan panduan. InsyaAllah, sama-samalah kita mendapat manfaat daripadanya :) -PakarCinta

Nasihat Yang Baik Untuk Dijadikan Panduan

 

 PERTAMA.

Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

 


KEDUA.

Kahwinilah lelaki / wan ita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

 


KETIGA.

Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

 


KEEMPAT .

Apabila kamu berkata, ” Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.

 


KELIMA.

Pabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.

 

 


KEENAM.

Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

 

 


KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

 


KELAPAN.

Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

 


KESEMBILAN.

Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

 


KESEPULUH.

Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

 


KESEBELAS.

Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

 


KEDUA BELAS.

Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

 


KETIGA BELAS.

Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,”Kenapa anda ingin tahu?”

 


KEEMPAT BELAS.

Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

 


KELIMA BELAS.

Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.

 


KEENAM BELAS.

Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

 


KETUJUH BELAS.

 


Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

 


KELAPAN BELAS.

Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hamamerosakkan sebuah persahabatan yang besar.

 


KESEMBILAN BELAS.

Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

 


KEDUA PULUH.

Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

 


KEDUA PULUH SATU

Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

 

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”

(Al ‘Asr 103: 1-3)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

Cinta yang ikhlas dapat menjamin kehidupan yang lebih ceria dan bahagia tetapi cinta yang tidak disulami dengan kasih sayang akan mendatangkan derita pada diri. Walau bagaimanapun, kehadiran cinta amat penting dalam hidup kerana ia mampu menjadi pendorong dalam melakukan aktiviti seharian, seterusnya membuatkan diri anda sentiasa cergas, sihat dan gembira.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

2 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • Mantap..,Pengalaman juga guru yang baik untuk kita semua.

  • [...] Ya, tulisan kali ini saya tujukan untuknya dan untuk saya juga serta untuk kita semua. Sebenarnya pemikiran yang betul adalah syarat untuk kita bersikap positif. ‘Right mental attitude’ sangat penting dalam [...]

  1. [...] Ya, tulisan kali ini saya tujukan untuknya dan untuk saya juga serta untuk kita semua. Sebenarnya pemikiran yang betul adalah syarat untuk kita bersikap positif. ‘Right mental attitude’ sangat penting dalam [...]