6 Sifat Wanita Yang Di Sukai Lelaki

Mengekalkan hubungan cinta dalam rumahtangga tidak semudah mendirikannya. Saban tahun ribuan pasangan mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing, lantaran tiada kesefahaman dalam melayari bahtera perkahwinan.

Mengapa hal ini perlu terjadi? Sedangkan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta seharusnya dapat dilalui dengan bahagia sehingga ke akhir hayat. Apabila perceraian berlaku, ramai yang menunding jari ke arah para isteri.

Jadi, pada entri kali, Pakar Cinta ingin sekali mengemukakan 6 sifat utama yang paling disukai lelaki. Semoga dengan adanya ‘guidelines’ ini dalam diri seorang wanita, wanita itu akan jadi lebih berhati-hati.

1. Sikap Keibuan

Kekalkan sifat keibuan yang anda miliki. Ingat, itulah antara tanda salah satu sifat yang membuatkan suami anda jatuh cinta ketika di awal pertemuan. Wajah lembut itu mampu membuatkan jiwa lelaki tenang walaupun hakikatnya anda berdua sudah berusia.

2. Keanak-Anakan

Jangan anggap usia sebagai penghalang untuk anda sesekali berperangai seperti kebudak-budakan. Asalkan wajar dan tidak melampau. Wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Penuh Pengertian

Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Misalnya, jika suami anda melakukan kesilapan, elakkan mengeluar kata-kata kesat dan tuduhan.

4. Menghargai

Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga dan sangat mensyukuri kehadiran anda.

5. Menjaga Penampilan

Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.

Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.

6. Pandai Berbicara

Lelaki amat tertarik dengan wanita yang pandai berbicara dan boleh di ajak berbual. Biarpun topik yang dibualkan bukan kegemaran anda, tetapi anda harus bijak mendengar dan memberi respon kepada perbualannya.

Lelaki juga suka dengan wanita yang pandai bergurau dan menyelitkan jenaka dalam komunikasinya.

P/s: Pakar Cinta nak tegaskan, no. 3 tu. Wanita selalu lemah bab ni. Cepat je mengeluarkan kata-kata kesat. Hati-hati ye, lelaki tak suka. Sekali lelaki cakap dia tak suka dengan kata-kata daripada mulut anda, siap-sedialah…. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

6 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • hmm.. siap sedia pe la 2 yer?huhu..takotnyeer..

  • AQ sngat ingin mengabdikan sisa2 hidupqu bersama seseorang yg aq cintai

  • saya suka puisi ni,,

  • insha Allah mudah2an sy akan menjadi isteri yg soleha.. terima kasih utk info admin..

  • Like..

  • Wani Rusli baca P/s skali..