Apakah Cara Supaya Suami Tidak Mencari Yang Lain?

Pakar Cinta, saya telah mendirikan rumahtangga 2 tahun lepas. Sejak kebelakangan ini saya merasakan hubungan kami sebagai suami isteri kami semakin hambar.

Ada saja perkara tentang suami yang tak kena di mata saya. Kadang-kadang kami bertengkar. Kemudian berbaik semula. Lepas itu, perkara sama berulang kembali.

Adakah suami saya sudah tidak menyayangi saya? Apakah cara supaya suami saya tidak mencari yang lain? Saya terlalu cintakan dirinya, dan tidak sanggup berkongsi kasih.

 

Apakah Cara Supaya Lelaki Tak Mencari Yang Lain?

 

Jawapan Pakar Cinta:

Benarlah kata orang, alam percintaan dan perkahwinan sangat berbeza. Sepatutnya, para isteri perlu menyedari bahawa amatlah penting untuk seseorang isteri mengenali dan mengetahui segala perkara mengenai suami , memahami dan mengenalinya.

Sifat semula jadi seorang lelaki iaitu ego, memerlukan kita mengalah dalam segala hal. Lebih-lebih lagi, sudah termaktub bahawa jaminan syurga anda ada padanya.

Sebenarnya, tidak susah untuk menjaga hati seorang lelaki dan memastikan si dia setia dengan anda. Tidak banyak yang si dia inginkan dari anda. Cukuplah sekadar memahami apa yang mereka impikan dari seorang wanita.

Malangnya, tidak ramai para isteri berjaya memahami si suami, gagal menawan hati si dia dan sebagainya. Ini adalah kerana anda tidak pernah mengetahui dan mengenali sikap dan perilaku seseorang lelaki.

Di bawah merupakan beberapa langkah yang kita sebagai isteri lakukan supaya lelaki yang bergelar suami tetap setia bersama kita, insyaAllah.

 

1. Fahamilah perasaan suami

Faham persaan suami anda dari sudut seorang lelaki dan bukan cara untuk mengubah personalitinya sebagai seorang lelaki seadanya. Cuma fahami sikap atau tabiat suami dan mencuba menyesuaikan diri selagi tidak berlawanan dengan kehendak agama.

2. Gunakan kuasa pujukan.

Wanita mempunyai sifat dan watak yang lebih berperasaan dan menghalusi. Salah satu cara memujuk adalah dengan menunjukkan minat termasuklah minat pada diri suami sendiri, kerjayanya atau kesukaanya.

Mungkin ada beberapa kesukaannya yang kurang sealiran dengan wanita tetapi selagi dia tidak mengabaikan keluarga, terima saja dengan harapan minat yang kita tunjukkan itu akan mendekatkan satu sama lain.

 

3. Menghormati dan memahami kehendaknya.

Secara umumnya ialah kemahuan seks dan kemahuan menjadi penting. Jangan sesekali merendah-rendahkannya kerana bila perasaan menjadi penting ada di dalam diri seorang lelaki – keegoaan dan keterujaan pada perkara-perkara yang mengembirakan dan menceriakan kehidupan akan terserlah.

4. Tujukkan rasa gembira bila bersama.

Cipta perasaan gembira kerana ini akan menjadikan wanita rasa sempurna kerana berjaya menyelesaikan tanggungjawap terhadap suami. Lelaki juga mahukan keselesaan perasaan dengan sokongan kata-kata cinta dan bisikan . Lelaki sentiasa inginkan kasih sayang, sentiasa tertarik dengan kejelitaan dan sentiasa kagum dengan sifat keibuan.

 

5. Ikhlas dan terbuka dalam hubungan.

Dengarlah dengan penuh perasaan apa yang ingin dikongsi oleh suami.  Berjenaka dan gurau senda antara suami isteri dengan baik dan berfikiran terbuka.

 

6.  Menghormati diri sendiri.

Seorang wanita yang menjaga dan mengasihi dirinya mempunyai keupayaan yang tinggi untuk membezakan baik dan buruk kemahuan peribadinya demi menjaga maruah rumahtangga.

Dia tahu meletakkan dirinya secara diplomasi dalam hubungan antara suami isteri, anak menantu, ipar duai, sahabat taulan  atau jiran tetangga.

Wahai para isteri, ingatlah bahawa hanya dengan taat kepada suami, Allah SWT mengizinkan memasuki syurgaNya melalui mana-mana pintu! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

Ops! Tiada Komen Lagi. Jadilah Yang Pertama