Apakah Persiapan Yang Perlu Dilakukan Untuk Bertunang?

Saya akan bertunang dua bulan lagi, insyaAllah. Sekarang dalam persiapan untuk membuat persediaan bertunang. Tetapi saya tidak tahu apa yang saya perlu lakukan. Bantulah saya Pakar Cinta, seperti membuat beberapa ‘checklist’ untuk dijadikan panduan kepada saya dalam menghadapi hari yang berbahagia ini. Kalau boleh nak yang ‘simple’ sahaja nak jimat kos.

-Kartini, Kota Bharu.

Tahniah Kartini kerana bakal mengikat tali pertunangan tidak lama lagi. Semoga Kartini tidak mengikat tali pertunangan lama-lama ya! Hee. Cepat-cepat mendirikan rumah tangga, yang wajib didahulukan. InsyaAllah.

Untuk pertunangan yang ‘simple’ bagi PakarCinta cukuplah hantaran sedikit sekadar memenuhi adat, cincin dan pakaian untuk dipakai pada hari indah itu. Tak perlulah pelamin-pelamin ini. Tapi, kalau ada ‘budjet’ lebih boleh sahaja.

Tetapi, tak boleh tau bergambar bersama dengan tunang berdua-duaan pada hari tersebut. Tetapi ingat, buatlah sekadar ala kadar sahaja, jangan sesekali ada niat untuk menunjuk-nunjuk. Rahsiakan pertunangan, hebohkan perkahwinan. InsyaAllah.

  • Pakaian perkahwinan

Bagi seorang wanita, memang naluri kita untuk kelihatan menarik dan cantik bukan? Lebih-lebih lagi di hari istimewa. Boleh untuk berhias tetapi biarlah ‘simple’ sahaja. Tak perlu mengupah jurumekap, berhiaslah sekadar yang patut. Pakaian yang dipakai perlu sopan dan menutup aurat. Tak perlu mahal-mahal. InsyaAllah.

  • Hantaran

Tentukan berapa kuantiti hantaran. Biasanya pihak lelaki 5 dulang berbalas 7 dulang dari pihak perempuan. Sekadar alar kadar sahaja. Kalau boleh berbincanglah, buat jimat sahaja.

  • Cincin

Boleh beli sama-sama, mudah untuk kita sendiri mengukur jari kita, memilih citarasa kita. Tetapi, ingat, haruslah ada orang ketiga yang menemani okey? Mak ke, ayah ke, nenek ke, adik ke, abang ke, kakak ke, heee. Tapi kalau si dia nak ‘surprisekan’ kita pun boleh juga.

  • Photography

Ni PakarCinta rasa tak perlu kot. Tak perlu tempah photographer, cukuplah gambar-gambar dirakam oleh sanak keluarga saja. Biarlah hanya menjadi tatapan rahsia keluarga kita dan si dia. Tak perlu untuk ‘upload’ gambar-gambar pertunangan di facebook.

Okey, setakat ini saja ‘guide’ yang Pakar Cinta berikan. Jika ada kekurangan dan kesilapan maafkan ya! Selamat bertunang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

1 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • Assalamualaikum…ape perbezaan meminang dan pertunangan?. T.Kasih.