Bagaimana Inginkan Mahligai Cinta Mekar Selamanya?

Cinta kami bakal bersatu 5 bulan lagi, InsyaAllah. Tetapi saya sangat berdebar dan takut jika sepanjang menjadi suri hatinya, ada sesuatu yang tidak kena dan boleh menyebabkan hubungan kami retak. Pakar Cinta, apakah amalan harian yang perlu kami praktikkan setiap hari agar cinta kami kekal terikat dan mekar selamanya, InsyaAllah.

Nadiya Shuhada.

Nadiya, isteri yang solehah merupakan idaman dan dambaan bagi setiap suami di dunia ini. Semua pasangan yang berkahwin pasti tidak mahu perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian. Sebaiknya, Nadiya tidak memikirkan tentang perkara yang belum pasti. Perkahwinan untuk kebahagian, bukan untuk kemusnahan. Berprasangka baiklah dengan bakal suami Nadiya, kuatkan kepercayaan bahawa si dia dapat membimbing Nadiya untuk menjadi isteri solehah.

 Ajaran Islam telah pun menggariskan panduan dan peraturan iaitu menjauhi larangan dan mematuhi segala perintah Allah agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan diberkati. Begitu juga dalam kehidupan berumahtangga dan perkahwinan. Sesuatu perkahwinan itu akan terus kekal abadi jika pasangan suami-isteri tersebut menjalani hidup berlandaskan ajaran Islam.

Khas untuk Nadiya, dan pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga mahupun yang telah mendirikan rumah tangga , disini PakarCinta berikan 3 tips ringkas yang WAJIB, PERLU diamalkan setiap hari apabila mendirikan rumah tangga.

1) Ciuman : Isteri mencium tangan suami dan suami mencium dahi isteri setiap kali baru baru bangun tidur mahupun keluar untuk bekerja. Apabila suami menghadiahkan satu kucupan di dahi, isteri dapat merasakan getaran kasihnya yang begitu syahdu. Dengan mengamalkan amalan ini setiap hari, walaupun bergaduh, tetapi insyaAllah hati akan lembut apabila pasangan suami isteri saling merindui sentuhan dan belaian pasangan mereka. Lakukan berterusan selama 40 hari dahulu, insyaAllah, amalan ini akan berterusan.

2) Solat : Setiap hari, sekurang-kurangnya 2 waktu solat setiap pasangan suami isteri harus menunaikan solat berjemaah. Untuk solat berjemaah bersama suami sebenarnya mesti bermula pada hari pertama sah menjadi sepasang suami isteri lagi. Apabila ia diamalkan dari awal perkahwinan ia akan menjadi perkara yang wajib untuk pasangan suami isteri. Banyak hikmah solat jemaah bersama suami kita. Mengeratkan kasih sayang antara suami dan isteri. Sekiranya ada salah faham anatara kami ianya tak panjang kerana apabila masuk saja waktu kami pasti bertemu untuk berjemaah. Selepas selesai solat dan berdoa pasti kami bersalaman dan meminta maaf atas kesalahan masing-masing. Kan seronok, masam muka sekejap je. Tak boleh lama-lama.

3) Tidur : Tidur haruslah satu katil. Walau gaduh macamana sekalipun, jangan sesekali tidur asing-asing, kerana sekali dah buat begitu, maka di sanalah berpunca 1001 keretakan rumahtangga kerana pintu keterasingan sudah terbuka luas. Kalau mempunyai anak kecil, perlu membuat jadual. Sekali sekala boleh juga menemani anak-anak kecil tidur bersama. Sebaik berumur 3 tahun eloklah ceraikankan anak itu dari tidur bersama, bukan apa nanti dah biasa sampai ke sekolah tidur bawah ketiak mak bapak, susah pulak nak berdikari. Contohnya, tak mau pergi ke sekolah berasrama atau kalau pergi pun cabut balik ke rumah. Banyak kes ni.

Alhamduliah, setakat ini saja 3 tips WAJIB bagi pasangan suami isteri amalkan setiap hari. Selamat menjalani kehidupan sebagai suri hati untuk seorang insan yang bergelar suami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

Ops! Tiada Komen Lagi. Jadilah Yang Pertama