Kami masih belajar dan 4 tahun lagi akan menamatkan pengajiaan kami. Kami bersepakat ingin berkahwin awal, iaitu sebelum habis pengajian. Tapi, kenapa hasrat kami dihalang?
Kedua-dua belah pihak ibu bapa kami menghalang. Walhal, kami ingin menghalalkan hubungan ini. Bolehkan kami berkahwin secara senyap-senyap? Kami bukan apa, ingin mengelakkan maksiat.
Jawapan:
Kenapa ingin tergesa-gesa adik? Mampukah adik menampung keperluan hariannya sedangkan adik masih belajar. Lainlah sekirannya adik telah membuat simpanan yang mencukupi untuk perbelanjaan adik berdua.
Ingat, berkahwin bukan untuk sehari. Dan juga harus ingat, perkahwinan bukan hanya kita berkahwin dengan pasangan kita, tetapi kita juga ‘berkahwin’ dengan keluarganya.
Selain itu juga, kita membesarkan keluarga kita. Kalau sebelum ini, kita hanya ada 3 orang adik, selepas berkahwin, ada 10 orang adik, sebelum kahwin, hanya ada seorang ibu dan seorang ayah, tetapi selepas berkahwin, kita ada dua orang ayah dan dua orang ibu.
Dengan kata lain, keluarga kita membesar. Dengan membesarnya keluarga ini, benda paling utama kena jaga adalah hati.
Jika dengan kahwin senyap-senyap itu boleh menyelesaikan ‘perasaan’ itu, boleh mengelakkan zina, maka itu hanya satu segi. Cuba adik fahami hadis Rasulullah SAW ini:
“Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu: Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin.
Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”
Dijelaskan dalan hadis di atas bahawa Rasulullah SAW memerintahkan umatnya yang mempunyai kemampuan dan keupayaan supaya berkahwin, kerana perkahwinan merupakan tuntutan syariat dan sunnah Nabi SAW.
Antara faedah yang ketara di sini ialah seseorang itu dapat menjauhkan diri dari perkara negatif atau perbuatan keji yang dilarang oleh Allah Taala seperti berbuat zina dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu tidak mampu berkahwin hendaklah dia berpuasa itu dapat mengekang nafsu syahwat.
Tetapi mengapakah dalam bab ini, kita membelakangkan keluarga yang selama ini membesarkan kita? Kita sanggup bersama pasangan kita yang hanya dikenali tidak terlalu lama, dan membelakangkan kasih sayang yang selama ini dicurahkan kepada kita sejak kecil?
Pakar Cinta tidak mengatakan yang kahwin semasa belajar sesuatu yang salah. Tetapi, sekiranya adik sudah masuk kategori ‘wajib kahwin’, Pakar Cinta menyokong 99% keputusan adik.
Wajib Kahwin ialah kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat sedangkan ia seorang yang mampu. Maksud mampu disini ialah mampu membayar mahar dan nafkah kepada bakal isterinya. Bagaimana adik? Adakah adik berkemampuan?
Perkahwinan bukanlah sehari dua, tetapi kalau boleh sehingga hujung nyawa dan sehingga ke syurga. Jika berkahwinnya dengan tergesa-gesa itu atas alasan kerana tidak mahu terjebak dengan zina atau dengan kata lain, kerana nafsu, maka renunglah kembali.
Selama manakah nafsu itu akan bertahan. Apakah sampai mati? Apakah kesabaran dalam berpuasa itu tidak boleh mengatasi nafsu yang mengawal diri, aduh, sungguh lemah dirimu.
Jika perkahwinan itu dibina atas agama, maka agama tidak akan terlepas dari diri kita sehingga ke syurga kelak. Setiap hari seseorang itu perlukan agama. Agamalah yang membimbing manusia.
Apakah kita mahu membimbing anak-anak dengan nafsu atau agama? Perkahwinan yang dibina di atas kecil hati keluarga, kejayaan rumah tangga yang dibina sangatlah tipis berjaya.
Tidak ada bukti bahawa perkahwinan yang dibina di atas tergurisnya hati keluarga membina keturunan yang memberi manfaat pada masyarakat.
Jika kita berkahwin di kala ini tanpa pengetahuan ibu dan ayah, maka bolehkah kita boleh menjamin anak-anak yang akan dilahirkan dari sulbi isteri kita tidak akan mengulangi apa yang kita lakukan pada ibu bapa kita? Mungkin ianya boleh jadi, lebih teruk dari apa yang kita lakukan pada kedua ibubapa kita?















Salam.Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman Saya antara insan yang bertuah kerana berkahwin semasa di alam pengajian. Ketika saya berumahtangga dengan sahabat sekuliah saya sudah menginjak 24 tahun. Beberapa tahun sebelum itu dari tahun pertama (19 tahun sehingga ke tahun2 seterusnya) saya tidak pernah membenarkan diri saya menjalin sebarang hubungan kasih sayang dengan sebarang lelaki. Bagi saya tujuan saya ke luar negara adalah untuk menuntut ilmu. Benar usia yang muda, jarak yg jauh kita benar2 mengharapkan belaian kasih sayang, perlindungan dari sesorang, kalau boleh seorang suami.Alhamdulillah saya berjaya mengharungi semua tribulasi itu dengan sepenuh kudrat kerdil saya dan bimbingan Allah Taala. Usia remaja saya tidak tercemar dengan CINTA yang tidak halal. Alhamdulillah.Sehinggalah tiba saatnya apabila mursyid usrah saya ‘menjodohkan’ saya dengan sahabat saya sendiri. Ketika itu saya sudah di tahun akhir pengajian. Saya tidak memberikan jawapan sehingga saya bertanya kepada kedua ibu bapa saya di tanahair. Anda tahu bukan tentang hadis Rasulullah SAW yg berpesan agar jangan menolak pinangan jodoh seorang lelaki yang soleh? Setelah ibu bapa saya menerima pinangan tersebut, keluarga kami di tanahair telah melaksanakan segala yang sepatutnya mengikut tradisi dan suruhan agama, dari soal merisik, meminang dan majlis pertunangan.
Bila sudah bertunang, barulah kami mula berkenalan. Tetapi bukanlah perkenalan seperti orang sekarang: keluar berdua, makan2, Kami tidak. Mursyid kami hanya membenarkan kami bertemu bertukar-tukar soalan, menentukan hala tuju di hadapan matanya sahaja.Pada waktu itu kami dilarang sama sekali untuk berchatting, apatah lagi berbual melalui telefon. Kami akur. Sepanjang tempoh pertunangan itu juga kami mengambil modul tulisan seorang sarjana Arab Saudi yang bertajuk: AHSAN KHITBAH (Pertunangan yang terbaik). Di dalam buku kecil tetapi amat mahal itu telah tersenarai segala soalan yang perlu saling dijawab oleh setiap insan yang bertunang, segala adab2 semasa bertunang dan seumpamanya. Genap 3 bulan bertunang, mungkin juga kerana Allah memakbulkan doa saya semasa di hari Arafah(antaranya saya memohon andai benar dia adalah jodoh yang terbaik buat saya, saya memohon semoga Allah mempermudahkan segala urusan nikah kahwin kami….) Dengan takdir Allah , saya telah pulang ke tanahair pada cuti musim panas. Waktu itulah saya gunakan untuk berbincang dengan ibu dan ayah, memohon pendapat insan2 terdekat, memohon restu untuk melangsungkan perkahwinan di luar negara. Saat itu pengajian kami hanya berbaki satu semester. Tidak bolehkah kami bersabar?Tetapi ikatan pertunangan ini benar2 membuatkan kami berdua tidak selesa. Kerana bibit-bibit cinta sudah mula bercambah di taman hati kami. Tiada ibu bapa yang sanggup melepaskan anak gadisnya melangsungkan perkahwinan jauh dari mata mereka…. percayalah dik…. Namun kerana takdir Allah jua, akhirnya kami melangsungkan perkahwinan serba sederhana setelah mendapat restu dan kebenaran wali….Saya berkahwin di luar negara, cabaran hidupnya tidaklah sesukar seperti di tanah air kita, saya kira agak payah untuk diharungi jika tidak mempunyai kekuatan ekonomi dan material.
Begitulah perkongsian kisah saya.Fikir-fikirkanlah…. Satu soalan: Jika Anda mencari yang halal, kenapa anda sudah berani menjalinkan hubungan cinta di awal pengajian anda lagi…..? Rasanya permulaan anda pun sudah tak berapa betul ni….
sy sedang dilema sekarang.. saya dh bekerja dan mempunyai pendapatan yg tetep. teman lelaki sy pn same mempunyai kerjaya dan pendapatan yg tetap. tp hubungan kami di halang oleh ke dua org tua sy. sy berumur 23 thn, manakala teman lelaki sy berumur 48 thn. ibu dan bapa sy berumur dlm lingkungan 55 dan 57 thn.
sy terlalu sygkan teman laki sy. die mempunyai seorg anak berusia 15 thn. die dh becerai dgn isteri die. sy sggup jd isteri die dan ibu kpd anak die. tp org tua sy x benarkan. mereka risau akan mase depn sy. teman laki sy menjaga sy mcm menatang minyak yg penuh. sy rse selamat ble bersame die. sebelum ni sy telah ditipu dgn brmcm2 lelaki. smpikan sy tidak lg percaye dgn pemuda diluar sana.
sy amik keputusan utk cari lelaki yg berusia. skarg kehidupan sy lebih baik dr dulu. die terlalu sygkan sy dan ingin sy mnjd ibu kpd anaknye. sy bersyukur sgt sbp tuhan temukan kami. tp org tua sy tidak merestui prhubungan kami. sy x tau ape yg perlu sy buat skarg. tolong sy…
saya rasa jawapan yg dikemukan tadi untuk situasi student yg masih di peringkat pengajian ijazah, sesuai la.. bagaimana pula kalau student tu dah habis belajar degree, skrg tgh sambung phd. tapi parents masih halang dia kahwin semata-mata suh habis beljar phd dulu, then kerja dulu 2 tahun, bantu famili membesarkan rumah (yg dah ada 4 bilik tidur..blh paham la kan bahawa rumah tu dah pun besar..) dan beli kereta besar (padahal skrg ni pun dah ada myvi yg dibayar sendiri tanpa bantuan parents dgn duit biasiswa myPhD rm2000 stiap bulan).
alasan parents tak bagi kahwin adalah sebab pihak lelaki hanya pengajian sampai degree saja sedangkan anak pompuan dia tgh further pengajian phd (walaupun lelaki tu sebenarnya tgh buat business electrical wiring sebab dia bekas student engineering). kata parents pompuan ni, lelaki tu tak sesuai dgn anak diorg sebab x kerja besar2, kata mereka buat business gitu tak menjamin masa depan.
ntah la kompius betul nk tolong kawan sy ni macam mana.
tolong skit komen..
Kepada Aza, kalau teman lelaki anda sangat serius untuk menjadikan anda sebagai seorang isteri, maka dia seharusnya meminta izin terlebih dahulu kpd ibu bapa anda. Bukan hanya melayan anda seperti menatang minyak yang penuh.
Jika teman lelaki anda sudah meminta izin dan berjumpa dgn ibu bapa anda, tetapi ibu bapa anda menolak, teman lelaki anda sepatutnya datang lagi dan memujuk ibu bapa anda untuk meyakinkan mereka bahawa dia dapat menjaga anda dgn baik. Itupun jika teman lelaki anda masih benar-benar ingin memperisterikan anda. Anda juga harus sama meyakinkan ibu bapa anda.
Jika sesi memujuk dan meyakinkan ibu bapa anda masih mendapat jawapan yang negatif (sekurang-kurangnya setelah mencuba sebanyak 3 kali), berkemungkinan anda dengan teman lelaki anda tiada jodoh atau jodoh anda masih jauh lagi. Wallahua’lam.
restu…tu teramat pntg…bg mndptkn perkahwinan yg d redhoi allah…insyaallah…
Betul to lily saya sependapat dengan awak
mcmane plk klau pernikahan dihalang oleh adik bradik… bg pihak ibu bapa telah merestuinya .. bkn di sbbkn oleh pelajaran..tp disebabkn peribadi laki itu…prlu ke mngikut kptsan adik beradik.. atau meneruskn je prnikahan..
nak memikat hati ada cara nya