Bagaimana Mengatasi Suami Panas Baran?

Suami saya seorang yang panas baran dan apabila marah dia selalu mengeluarkan kata-kata kesat dan buruk dari mulutnya. Seperti perkataan sumpah, laknat dan kalau saya mati saya akan masuk neraka. Apakah hukum suami yang bertindak semacam itu?

– Yani, isteri merana, Kuala Lumpur.

JAWAPAN:

Puan perlu banyak bersabar dan berlapang dada untuk melayani kerenah suami dengan mendoakan kebaikannya dan puan juga hendaklah berusaha mencari punca kemarahannya itu. Adakah kerana kesilapan puan atau kerana sikapnya yang saja panas baran?

Seandainya punca tersebut daripada pihak puan, maka puan hendaklah berusaha mengikisnya dari diri sendiri, tetapi kalau dari pihaknya maka puan perlu berhati-hati untuk membimbingnya dengan pengetahuan agama dan dengan didikan yang baik serta penuh hikmah.

 

Adapun sumpah dan hukumannya supaya puan masuk neraka, itu bukan urusannya malah akan kembali kepada dirinya sendiri. Paling tidak mereka yang suka memaki hamun orang lain itu, akan merana dan menjadi muflis di akhirat nanti.

Ini kerana kesalahannya terhadap orang lain itu akan ditukar atau dilangsaikan dengan kebaikannya sehingga habis kebaikannya diambil orang yang disumpah seranah tadi.

Sehinggakan segala kebaikan dirinya akan habis diberikan kepada orang yang dimaki atau dianiayainya bahkan dia sendiri pula akan memikul kesalahan orang yang dizaliminya lalu dan akhirnya akan dihumbankan ke neraka sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasullullah s.a.w. dalam hadisnya yang masyhur.

 

Selain itu, Syaikh Hasan Basri pernah menghantar hadiah ke rumah mereka yang mengumpat dan memakinya kerana terlampau gembira dengan umpatan atau maki hamun tersebut, sebab setiap umpatan atau maki hamun itu akan ditukar dengan kebaikan kepadanya. Wallahualam.

 

- Dijawab oleh: MOHD. YYUSOF ABAS

Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

6 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • Memang benar, saya setuju…kata2 maki hamun yg keluar itu biasanya akan terkena balik kpd empunya diri..ALLAH SWT MAHA ADIL…di dunia pun ALLAH dah tunjukkan balasan apatah di akhirat kelak. Puan bersabarlah, suami sy pun lebih kurang begitu, bila diamati bpunca dari ibu bapanya sdri, yang mmg mulut laser…Bykkan istighfar utk suami, solat taubat mudah2an ALLAH ampunkan dosa dan sucikan hatinya.

  • sy sndri mgalami nsb yg sma spti pn..kdng kala sy pn mnjdi buntu dgn smua 2..tp ap lah daya sy xmmpu berbuat ap2 krn smuanya dtgn die.cma yg sy mmpu skrg berdoa spya dia berlmbut hty..
    berkaitn dgn komen siapasaja di ats sy jua akui kdng kala smua itu brpnca dr skp kluarga mrka..mrka dh biasa dgn kata2 spt itu..

  • suami sy mmg sgt panas baran, selalu mengeluarkn kata2 kesat, maki hamun w’pon dpn ibu bp sy… namun sy akui yg tindakan beliau adalah disebabkn sy. sy pernah menyakiti hati dan perasaannya apabila berlaku curang. nevertheless, sy sudah pon meninggalkn perbuatan itu terus menerus dan sama sekali tidak terlintas utk melakukannya lagi. sy sentiasa berdoa (dgn izinNYA), ALLAH mengampunkan dosa2 lampau sy.. tp sy masih bersedih apabila suami tidak pernah menpercayai sy sehinggake hari ni.. ya ALLAH.. bukakanlah pintu kemaafan buat suami sy terhadap sy kerana sesungguhnya sy kesal dan tak akan pernah mengulangi perbuatan dosa sy.. amin..

  • sy pn same trpksa lalui nsib yg same..husband sy trlampau pnas bran..kami bru ja kwen 5 bulan,tp spnjg 5 bulan ni dh mcm2 pkataan mki hmun sy trima..hbis binatang lam utan dia sbut..klau time elok,dia boleh bahasakn pggilan ‘abg’ ‘syg’,tp law mrh,trus ‘aku’ ‘kau’..dia sggup pggil sy betina..punca gduh,kdang sy sndiri xtau..mood die ssh sgt nk agk..yg peliknya bila kt rumah n tiap kli brsemuka,xda pula dia mrh2..tiap kli gduh adalah bila dia kuar g kje atau time dia kna outstation..ade je bnda dia nk mrh,maki sy..contohnya sbb lmbat 5 mnit reply msj dia,xsmpat jwb dia col..dia pnah g outstation 10hr n sy stay kt umah ja sbb sy xkje,tp spjg 10 hr dia xde kt umah,2-3 hr dia mrh2 tnpa punca..pstu elok ttiba..tp sehari je elok,pstu 2-3 lak mrh2,moody..sy smpai xtau cmne lg nk buat..hr2 mkn ht ngan sikap dia..tp trpksa la sbar kn..

  • ssh b’pasangan dgn suami panas baran. saya 8 tahun kahwin dgn suami,terlalu byk ranjau yg t’paksa dilalui bila b’hdpn dgn sikap panas barannya. saya hanya mampu berdoa semoga Allah melmbutkan hatinya,agar tidak t’lmpau pns baran yg slalu mnyebabkan saya terluka ht&p’saan.kata2 kesat mcm bnda biasa di sebut.sy terlalu risau jika ank2 terdgr apa yg dia sebut.klau sy tegur sikap dia,dia mrh sy blk…sukarnya..Ya Allah…tingkatkanlah kesabaran aku menghadapi semua ini…

  • Suami sy jga pnas baran.. Tsilap sket naik kaki tgn, 2 blom lg caci maki.. Sy hnya bdiam dri tnpa bsuara.. Ble de tkanan d tmpt kje, sy y d slahkn.. Sy tdak bole mrh sdikit.. Sy pndam j dlm hti sorg dri.. Mengadu pd yg Esa j.. Sy xtau smpy ble sy mmpu bthan.. Bkn xde y bek pd dri suami sy tp sy x snggup kne pkul sepak trajang.. Dpn org rmai pn die x peduli. Sy rsa spt maruah sy d pijak2 oleh die..