Bagaimana Nak Tahu Siapa Jodoh Kita

Bagaimana Nak Tahu Siapa Jodoh Kita?Entri ini adalah sekadar perbincangan, bukan artikel yang menerangkan. Pakar Cinta  mengajak anda para sahabat pembaca untuk turut beri pandangan.

jodoh manusia
Ya, saya sebelum ini dan sehingga sekarang pun masih tertanya-tanya: Siapakah jodoh kita, siapakah insan itu? Bagaimana nak tahu siapakah dia?

Bagi saya, biarpun saya sendiri masih tidak terlibat dalam urusan nak mendirikan rumah tangga, biarpun saya sendiri masih tidak tahu siapakah jodoh saya, saya berpendapat bahawa usaha mencari pasangan hidup yang beramal dengan agama ialah satu keperluan.

Nak berumah tangga bukan sekadar sebulan dua, tetapi sepanjang hayat. Oleh sebab itu, hal ini wajar diambil berat dan diberikan fokus sepatutnya bagi mereka yang mahu mendirikannya.

Anda ada pendapat? Kalau ada, mohon dikongsikan di sini.

Sehingga kini, apa yang saya sudah terbaca dan terdengar:

1. Untuk dapat pasangan yang baik, diri sendiri perlu jadi baik.

2. Mengambil cadangan pasangan hidup daripada orang yang baik. Antaranya daripada orang-orang yang soleh kerana mereka yang punyai hati yang bersih dan dekat pada ingatan akan Allah, dikurniakan ilham dan firasat yang lebih hampir.

3. Antara tanda orang tersebut ialah jodoh kita ialah adanya keserasian, tidak terlalu berbeza.

cara nak tahu jodoh

Apa-apa pun, perbincangan ini pun adalah sebahagian daripada ibadah. Membentuk keluarga dan generasi umat Islam yang soleh-solehah ialah sebahagian daripada sunnah Nabi kita s.a.w. yang mulia.

Sama-sama kita berusaha untuk membaiki diri dan berdoa kepada Allah agar dimudahkan urusan kehambaan kita, dan dikurniakan pimpinan-Nya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

27 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  1. [...] 7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. [...]

  2. [...] 7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. [...]

  3. [...] 7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. [...]