Bagaimana Rumahtangga Islam Itu?

Rumahtangga Islam bukan hanya sekadar berdiri diatas kemusliman seluruh anggota keluarga. Bukan kerana seringnya terdengar lantunan ayat-ayat al-Quran dari rumah itu, bukan pula sekadar anak-anaknya disekolahkan ke masjid pada sekolah petang.

Rumahtangga Islam adalah adalah rumah yang di dalamnya ditegakkan adab-adab Islam, baik daripada individu mahupun keseluruhan anggota rumahtangga. Rumahtangga Islam adalah rumahtangga yang didirikan di atas landasan ibadah. Mereka bertemu dan berkumpul kerana Allah, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran, serta saling menyuruh kepada yang makruh dan mencegah yang mungkar, kerana kecintaan mereka kepada Allah.

Rumahtangga Islam adalah rumahtangga teladan yang menjadi ikutan dan dambaan umat. Mereka selesa tinggal di dalamnya kerana kesejukan iman dan kekayaan rohani. Mereka berkhidmat kepada Allah SWT, dalam duka mahupun suka, dalam keadaan senggang mahupun sempit.

Rumahtangga Islam adalah rumahtangga yang di dalamnya terdapat iklim yang sakinah (tenang), mawaddah (penuh cinta) dan rahmah (sarat kasih sayang). Perasaan itu sentiasa menaungi suasana rumah setiap hari. Seluruh anggota keluarga merasakan suasana ‘syurga’ di dalamnya. Sesuai dengan slogan “Baiti Jannati”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tag Entri : Bagaimana, islam, Itu, rumahtangga
Tentang Penulis

"Bila hati kita terdapat niat untuk berubah itu, Alhamdulillah. Hati kita masih peka dan lembut untuk menerima sahutan itu, untuk keluar dari lumpur kejahilan" Penulis juga mempunyai blog sendiri, blog Aku Islam

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

Ops! Tiada Komen Lagi. Jadilah Yang Pertama