Soalan:
Salam Pakar Cinta, saya nak tanya. Sejauh manakah petanda atau petunjuk istikharah dalam menentukan jodoh yang terbaik untuk kita?
Bagaimanakah sekiranya saya meminta ibu melakukan solat hajat bagi mendapatkan petunjuk dan dia mendapat mimpi lelaki itu muncul, walhal lelaki itu baru sahaja memutuskan hubungan kami setelah kami berkawan selama 2 tahun.
Mohon penjelasan dari Pakar Cinta. Terima kasih. :)
- Insan Keliru, Kuala Lumpur.
Solat istikharah sunat dilakukan bagi sesiapa yang berkeinginan kepada sesuatu yang harus dan dia menjadi keliru dalam menentukan aspek kebaikan dalamnya kerana mempunyai pilihan yang sama.
Contohnya, saudari ingin memilih antara dua calon suami yang sama-sama baik sehingga tidak dapat menentukan pilihan yang tepat. Begitu juga dengan perkara lain.
Solat istikharah tidak dilakukan kepada perkara yang wajib dan sunat serta bukan perkara haram dan makruh kerana sudah ada ketetapan tersendiri sama ada melakukannya atau meninggalkannya. (Sabiq 1:139-40).
Caranya amat mudah iaitu dengan melakukan solat sunat dua rakaat, iaitu bukan termasuk solat fardhu. Ia cukup dengan solat rawatib selepas solat fardu atau tahiyyatul masjid dan boleh dilakukan tanpa mengira waktu dengan membaca mana-mana ayat selepas Fatihah.
Kemudian apabila selepas membaca doa seperti di bawah dengan permulaannya memuji Allah dan diikuti selawat atas Rasulullah dan dibaca doa khusus istikharah.
Rasulullah bermaksud:
“Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan dengan sesuatu maka hendaklah dia rukuk dengan dua rukuk (iaitu, mengerjakan solat dua rakaat) yang selain daripada solat yang fardhu.
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau (iaitu memohon pilihan dan kebaikan daripada-Mu) dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kurniaan kuasa dengan kuasa-Mu, dan aku juga memohon daripada kemurahan-Mu Yang Maha Agung.
Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi.
Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini adalah baik bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian, berkatilah bagiku di dalam pilihan ini.
Dan andai kata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku, maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.”
- (Riwayat Bukhari)
Mengenai petunjuk istikharah berkenaan, ia bukanlah secara langsung seperti mimpi dan sebagainya. Ia cukup sekadar ketetapan diri sendiri atau rasa senang dengan pilihan setelah berdoa kepada Allah supaya keputusan yang dibuat itu yang sebaiknya.
Semuanya sudah tentu datang selepas bersolat istikharah dengan sepenuh ikhlas kepada Allah. Setelah itu terus saja melakukannya dengan jangan ragu-ragu lagi.
Keputusan hendaklah dibuat supaya tidak timbul rasa was-was. Kita hendaklah ingat bahawa was-was itu daripada syaitan. Sikap ragu-ragu yang menghalang tindakan seterusnya.
Solat hajat yang dilakukan ibu dan mimpinya pula, ia sebenarnya tidak mengikat tindakan anda. Ini kerana mimpi tersebut bukanlah sumber ilmu yang patut diikuti dalam Islam.
Gunakan akal dan pengalaman di samping minta nasihat daripada keluarga serta rakan mengenai jodoh dan perkahwinan. Mungkin mereka ada calon yang sesuai untuk anda.
















saya skrg dalam dilema..b’cnta dgn orng len, tp hti msh tdk spnuhny pd dy lg..shngga kini sy sangsi dgn kesriusan hub ni. sy p’nh b’jmpa dgn kedua ibubapa dy dan mereka mrestuinya..skrg ibu sy brtnya perihal peribadi sy, adakh si dy ini btol2 srius atau hnya mahu main2..jka srius, ibu meminta dy b’jmpa dgn kedua ibubapa sy..pda mlanya sy rsa sronok, tp tmbul pula rsa sngsi. adakh kbhgiaan sy ad bersama dy..mmpukah dy mnjdi pmimpin utk klrga kami 6t.. adkh dy y sy cri..itulah y mrunsingkan sy..krna bbrp thn y llu sy p’nh mlkukan slat istikharah 3x scar b’trut2, (sblm sy b’cnta dgn pkw skrg) utk meminta kekuatan stlah cinta sy t’ptus..dan y mncul adlh seorng tman sek sy dlu, zmn cinta mnyet. kami b’2 sling mncintai tp d sbbkan slap sy, sy p’nh mmbuat dy kcewa..hnggalah skrng sy b’hubngn dgn pkw baru, sy b’anggapan antara sy dan cnta mnyet sy itu tiada jdoh lg. tp sy sllu mmkirkan kbhgiaan sy brsma dy..b’dosakah sy..hngga kini sy blom lgi mlakukan slat isikaharah adkah pkw sy skrng bnar2 jdoh sy, krna sy tkut.. tkut skranya orng len mncul, tkt skrany ati ini kan terluka..wjrkah sy mmbawa dy b’jmpa ibubapa sy atau mmbiarkan dlu…
salam.sy nk mntk pndpat sdikit.sy knal dengan seorg wanita dari pandangan pertama sy.hati saya mula tertarik dengan dia..setiap hari saya masih terbyangkan dia..sy masih berhubung lagi dengan dia dan pernah berjumpa…tetapi dia sdah ada buah hati..adakah mainan perasaan sy atau betol2 sy mncintai dia..sedangkan setiap hari sya teringatkan dia..adakah dia jodoh saya..wajarkah saya lakukan solat istikhrah untuk meminta petunjuk dari ilahi…tidakkah sy menghancurkan kebahagiaan orang lain?sy dah berterus terang sy mencintai dia..sedangkan saya dah tahu dia kekasih…adakah saya kejam?saya bercelaru..tetapi saya pelik dia kata dia ska dn ikhlas kawan dengan saya..sedangkan dia sudah ada buah hati.,
assalamualaikum . kite ade minat kat someone ni , yang kita gelarkan dia ‘AA’ Then , kite minat sangat dia . kite nak berterus terang ngan dia . tapi , kite pendam . kite nak kat die sangat-sangattt . kite harap , dye jadi milik kita ;)
Syukur tak terhingga ke hadratNya..melalui solat istikharah saya temui jawapan..sebelum ni saya ada buat tapi saya masih tak dapat apa-apa petunjuk.Tapi malam tdi akhirnya semua nya terjawab..lepas sudah solat istikharah,saya terus tidur sambil tu saya berselawat sehingga saya terlena dengan keadaan masih berwuduk..tersedar saya dari mimpi jam4 pagi,then dalam blur-blur saya sambung tidur,bila bangun untuk solat subuh saya teringat peristiwa jam 4 pagi saya tersedar dari mimpi itu.Saya berasa lapang hati,redha dengan ketentuanNya.InsyaAllah dialah yang telah dicipta terbaik buatku…Amin…
assalamualaikum…saya perlukan pendapat dari saudara berkaitan dengan solat istikharah. di sini ceritanya bermula… saya mempunyai seorang kawan. pada awalnya dia pernah menyatakan perasaannya pada saya. tetapi kerana rasa rendah diri, saya biarkan saja. saya anggap saya tidak layak untuk dia. akan tetapi pertemuan kedua setelah beberapa tahun terpisah megundang rasa yang luar biasa. saya mula sayangkan dia lebih dari seorang sahabat. saya tahu saya tetap tak layak untuk lelaki sebaik dan setampan dia. tapi kerana rasa yang tidak dapat dibendung, saya meluahkan perasaan padanya. amat terluka perasaan saya bila dia menyatakan dia tidak dapat menerima saya lagi. setiap malam saya berdoa pada tuhan supaya dapat melupakan dia. perasaan saya amat tertekan. hati saya tergerak untuk melakukan solat istikahrah. malam pertama saya melakukan istikharah saya bermimpi lelaki itu sudah berpunya dan dalam mimpi tersebut saya amat kecewa. malam seterusnya saya bermimpi ada seorang lelaki lain di rumah saya, dan kehadiran lelaki itu membuatkan saya bahagia. lelaki itu merupakan kenalan kakak saya. saya agak ragu dengan mimpi itu. bimbang ianya hanya mainan syaitan. saya melakukan istikharah buat kali kedua. saya bermimpi kawan yang saya mula sayangi itu meninggalkan saya. dan malam berikutnya saya bermimpi melihat kenalan kakak saya(dalam mimpi pertama) sedang bersolat hajat untuk kesejahteraan bayi yang saya kandungkan. dan beberapa malam selepas itu saya bermimpi bertemu lagi dengan kenalan kakak saya, dan pertemuan itu amat membahagiakan. apakah itu merupakan petunjuk dari Allah atau hanya mainan syaitan? ada pendapat mengatakan petunjuk itu boleh datang dari mimpi dan ada juga yang mengatakan kita tidak boleh mempercayai mimpi kerana mimipi itu mainan syaitan. walaubagaimanapun, saya amat bersyukur kerana selepas melakukan solat istikharah, hati saya semakin tenang dan terkawal. Alhamdulillah..