Bagaimanakah Untuk Menjadi Seorang Lelaki Yang ‘Gentleman’?

PakarCinta, bagaimanakah ingin menjadi seorang lelaki yang ‘gentleman’? Saya amat berkenan dengan seorang gadis yang bernama Hana, dia seorang yang sopan santun dan merupakan seorang wanita muslimah yang patuh kepada ajaran agama. Apabila saya menyatakan hasrat saya untuk rapat dengannya, Hana menyuruh saya menjadi lelaki yang ‘gentleman’ dulu? Apakah maksud Hana? Saya tahu saya seorang yang miskin, tak mampu untuk membuat kejutan romantik di kuliah setiap hari semata-mata ingin menambat hatinya.

Hazim, Temerloh.

Untuk menjadi seorang lelaki yang ‘gentleman’, Hazim tidak perlu untuk mengeluarkan belanja yang banyak membeli barang-barang untuk menambat hati si dia atau tak perlu untuk terus berubah sikap menjadi seorang yang ‘gentle’. Jadilah diri sendiri. Buat si dia jatuh hati kerana diri Hazim yang sebenar.

Menurut pandangan PakarCinta, apa yang dikatakan Hana ialah Hana mahukan satu hubungan yang serius. Bukan hanya omongan dan suka-suka saja. Hana inginkan sebuah hubungan yang dapat menuju kebahagiaan iaitu perkahwinan. Bagaimanakah itu? Maksud ‘gentleman’ yang Hana nyatakan bagi pendapat PakarCinta ialah bertemu dengan ibu bapanya dahulu. Nyatakan keikhlasan Hazim untuk berkawan dengan Hana. Minta izin dan semoga ibu bapa Hana merestui hubungan Hazim dan Hana. InsyaAllah, begitu rasanya erti ‘gentleman’ yang Hana nyatakan. Bukannya membawa sejambak bunga ke kuliah setiap hari.

PakarCinta yakin mesti ramai wanita yang mengimpikan seorang lelaki seperti yang PakarCinta nyatakan yang di atas. Ingat, ciri -ciri romantik sebenarnya lahir dari dalam jiwa dengan sendirinya tanpa ada apa-apa paksaan. Sebagai seorang lelaki Hazim boleh merubah menjadi lebih baik tapi jangan terlalu memaksa diri dan jadilah diri anda sendiri. PakarCinta yakin, jika pasangan anda betul-betul menyayangi anda, dia akan menerima seadanya apa adanya anda.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

1 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..