Berdosakah Aku Tidak Mencintai Suamiku?

Saya telah berkahwin dengan jejaka pilihan keluarga. Berat dihati saya untuk menunaikan tanggungjawab seorang isteri kerana langsung tiada perasaan cinta terhadap dirinya. Pelbagai cara yang suami saya lakukan untuk menambat hati saya. Saya tahu suami terlalu menyintai diri saya. Tetapi saya tetap begini, langsung tidak melayan dirinya. Berdosakah saya? Bagaimana ingin memupuk perasaan mencintai suami? Tolonglah, kerana saya inginkan perkahwinan kami bahagia.

- Shuhada, Kota Bharu

Jawapan:

Kesemua persoalan yang diutarakan saudari Shuhada bergantung kepada diri Shuhada. Setiap manusia dikurniakan perasaan semulajadi iaitu perasaan cinta dan kasih sayang. Cinta merupakan pakaian hidup. Suami isteri mestilah berusaha mencari jalan untuk memupuk dan memperbaharui cinta supaya rumahtangga sentiasa dalam keadaan bahagia, aman dan ceria. Cinta hipokrit atau cinta palsu tidak akan membahagiakan jiwa, sebaliknya memusnahkan. Hanya cinta suci adalah cinta yang abadi. Oleh itu, janganlah kita berpura-pura mencintai seseorang kerana itu ibarat kita bermain dengan api.

Sesungguhnya Shuhada, cinta tidak boleh dipaksa. Cinta dan sayang harus keluar dari hati. Apabila cinta dan sayang itu telah dilakukan dengan cara dipaksa atau terpaksa maka semua itu tidak akan mencapai sesuatu yang sejati. Saudari, biarkanlah cinta dan sayang itu mengalir seperti air dalam hidup ini, kerana dengan demikian disaat kita menjalaninya tidak ada yang merasa disakiti dan menyakiti. jadikan cinta dan sayang itu syurga dalam hidupmu.

Tetapi, bagi pendapat PakarCinta, cintailah orang yang menyintai diri kita kerana sesungguhnya kita akan lebih bahagia. Mencintai pasangan kita memang mudah. Mudahnya mencintai renungan matanya, mencintai lengguk bentuk tubuhnya, mencintai lemak suaranya, mencintai gurau sendanya,mencintai cara dia berfikir, mencintainya kerana ilmu agama dan kewarakannya, mencintai kebolehannya, mencintai jiwa seninya dan mencintai keberadaannya di sisi kita dan mencintainya kerana itulah cinta kita dan itulah jodoh kita

Saudari, jodoh pertemuan semua Allah dah tentukan. Jika memang jodoh Shuhada dengan si dia terimalah dengan redha. Jangan sekali-kali melawan takdir. Jika dia bukan untuk kita, bukan milik kita, terimalah hakikat. Jangan menyalahkan orang tua atau orang lain. Kalau kita salahkan orang lain, bermakna  kita pun menyalahkan takdir Allah. Sedangkan Allah lebih tahu kan apa yang terbaik untuk kita.

Dan yang paling penting, hargailah apa yang kita ada sekarang. Sayangilah orang yang sayang kita, cintailah orang yang mencintai kita. Jangan tinggalkan orang yang sayang kita semata-mata untuk orang lain. Sebab, belum tentu orang lain tu akan menjadi milik kita. Belum tentu orang lain tu pun akan mencintai kita sebagaimana orang yang telah cintakan kita.

Nota: Teruskan membalas cinta suami, layanlah suami seadanya. Sesungguhnya syurga isteri dibawah telapak kaki suami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

4 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • numpang membaca….

  • haruskah diteruskan perjalanan ini tanpa rasa di hati ini utk dia
    berdosakah diri ini demi utkku kecapi bahagia itu walau ku tahu terlalu sukar perjalanan itu kelak
    maafkan diri ini
    Wahai Bakal Suami ku

  • ada ketikanya, berkahwin dengan orang yang benar2 mencintai kita adalah lebih baik dari berkahwin dengan orang yang kita cintai (walau pun kita juga mencintai dia..) hidup bercinta sebelum berumah tangga hanyalah sementara…kita akan mengharungi hidup berumah tangga seumur hidup kita…cinta sahaja tidak menjamin kebahagiaan…bila sudah punya anak2, sudah tentu kita perlukan suami yang sama2 membantu kita dalam urusan rumah tangga…dari segi menjaga anak2 sehinggalah urusan rumah…jika kita sendiri yang menguruskannya, tambahan pula kita bekerja…agak sukar untuk kita menguruskannya seorang diri dengan baik…apatah lagi jika anak2 kita agak nakal…ketika itu, cinta sahaja tidak berguna lagi…kerjasama penting dalam berumah tangga…andai si dia mencintai kita sesungguh2nya, pasti tidak akan membiarkan kita sendirian menguruskan rumah tangga…tp setiap orang berlainan caranya….berlainan cara penyampaian cintanya…apa pun…bila sudah punya anak2 yang ramai….memang bantuan dari suami amat2 diperlukan untuk urusan rumah tangga…itulah pengalaman saya…saya bercinta dengan orang yang mencintai saya…tp bila sudah berumah tangga banyak urusan rumah yang saya uruskan sendiri dari menjaga anak2 (hero2 semua) hinggalah serba serbinya…tambahan pula saya bekerja…memang letih…tubuh dan minda…tp apa pun semuanya sudah tertulis…terpulang pada kita bagai mana cara untuk kita menghadapainya…sama ada menjadikan rutin harian kita sebagai stress atau bahagia…mungkin mudah dan mungkin juga sukar…itu sudah ketentuan untuk kita…

  • ketika menikah dengannya sya memang tidak mencintainya
    alasan menikah dengannya hanya dengan harapan dapat mengurangi beban keluarga….
    tetapi kini stelah menikah sulit rasanya menerima menikah dengan orang yg tidak d cintai dengan alasan apapun…
    kewajiban sbagai seorang istri pun sering saya lalaikan bahkan saya sering tidak menghiraukan keberadaan suami saya yang penting saya bisa makan dan bisa melampiaskan kekecewaan saya dengan jalan2 sering saya tak pedulikan suami saya..