Perkahwinan haruslah diniatkan kerana Allah. Bertemu dan berpisah juga kerana Allah. Hati kita hanyalah hati yang lemah. Fikiran kita bukan fikiran yang hebat. Allah lah yang menggerakkan kita agar mencintai dia. Dan Allah jugalah yang mengerakkan hati dia untuk mahu menerima kita.
Jika anda masih ragu-ragu tentang perkahwinan, anda disarankan membaca artikel ini –> Persoalan Tentang Perkahwinan
Kita berkahwin kerana kita menjalankan perintah Allah. Dengan menjalankan perintah Allah, kita berharap menjadi seorang hamba yang lebih soleh. Kerana itulah yang menjadi cita-cita kita. hamba soleh yang kelak akan mewarisi jannah Allah. Menjadi penghuninya, dan mendapatkan rahmat Allah.
Allah telah menyediakan calon isteri atau calon suami bagi kita di dunia ini untuk kita nikahi. Maka jangan sia-siakan pemberian Allah ini.
“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingati kebesaran Allah” [Az-Zariyaat 49]
Itulah janji Allah untuk kita semua. Maka tidak perlu berkecil hati, dan bersedih hati.
“Nikah itu sunnahku, barang siapa yang tidak suka, bukan golonganku” (HR Ibnu Majah, dari Aisyah)
Sekarang keputusan ditangan kita. Bernikahlah kerana Allah, dan semaikan cinta kerana ingin menyempurnakan kecintaan kita kepada Allah. Ajaklah suami atau isteri kita agar lebih dekat kepada Allah. Agar hubungan pernikahan ini menjadi lebih barakah dan bahagia hingga sehingga ke Jannah.
Sumber rujukan:
1. Ustaz Burhan Sodiq ( Buku Kerana Allah Aku Menikahimu )












terasa diri belum layak utk sapa2..mcm mn..??
Saya rasa.. saya juga belum layak juga,,
ini kerana saya terkenang dengan dosa2 masa lalu..
Mungkin jodoh saya belum sampai atau belum terbuka hati lagi.
mcm masalah saya, ada ke patut, org tu mengatakan sebegini?
“Saya tak minta awak suruh cinta saya pun.” Padahal Allah yg telah menggerakkan hati kita utk mencintainya. Mudahan dia mengerti. Saya hampir utk melamarnya.
saya masih ragu2 utk kahwin sbb ni ptunangan yg kedua…bkl calon baru sy knl 7 bln sja..dan sy ank tunggal msih blom mrasa puas hdup sbg ank bujg dgn ibubapa sy…sy mula rsa tkot na brumahtgga…mcm mna na mgatasi mslh tsebut?