Bertaubat; Walaupun Ringan-Ringan?

Assalamualaikum Pakar Cinta. Saya dan tunang telah lama bercinta dan kami akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Sepanjang kami bercinta, syukur kerana kami tidak pernah terlanjur dan membuat perkara yang bukan-bukan. Kami pun kadang-kadang berbincang dan menegur  satu sama lain dalam aspek agama. Walaupunbegitu, adakalanya,apabila kami keluar berduaan, kami bersentuh tangan, dan membuat sedikit “ringan-ringan”. Persolannya adakah kami perlu untuk bertaubat?

Azean, Dungun.

Jawapan Cinta :

Waalaikumusalam Azean. Alhamdulilah, semoga cepatlah Azean berkahwin agar dapat mengurangkan maksiat. Dan PakarCinta bersyukur kerana Azean tidak pernah dinodai. Sesungguhnya manusia tidak pernah lari dari kesilapan bukan? Dan PakarCinta sangat bersyukur kerana Allah masih membuka pintu hati Azean untuk bertaubat.

Allah berfirman dalam Hadis Qudsi :

“Wahai anak Adam selama engkau masih berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, Aku ampuni engkau apa pun yang datang darimu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam walaupun dosa-dosamu mencapai batas langit kemudian engkau meminta ampun kepada-Ku, Aku akan ampuni engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau mendatangi-Ku dengan sepenuh bumi dosa dan engkau tidak menyekutukan-Ku, maka Aku akan menemuimu dengan sepenuh itu pula ampunan.” (HR. Tirmidzi dan di Hasankan oleh beliau).

Jika telah datang kematian dan kita belum sempat bertaubat, maka janganlah kita menyalahkan sesiapa kecuali diri kita sendiri. Jika Allah mengazab kita di alam kubur, maka Allah mengazab kita dengan keadilan. Jika Allah menghimpitkan bumi ke tubuh kita, sehingga tulang-tulang rusuk kita saling bersilangan, maka Allah menyiksa kita dengan keadilan-Nya. Nauzubillah. Dan jika kita merasakan kesengsaraan di padang Mahsyar dan tidak mendapatkan naungan Allah -pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya- maka itu adalah akibat perbuatan kita sendiri. Dan ketika kita diazab di neraka, itu adalah kerena kesalahan kita sendiri. Allah tetap Maha Adil dan tidak berbuat zalim kepada makhluk-Nya. Ya Allah. Nauzubillah. Sama-samalah kita bertaubat. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

Ops! Tiada Komen Lagi. Jadilah Yang Pertama