Cinta Hakiki Kepada Allah

Cinta yang agung bukan lah sekadar memperjuangkan untuk mendapatkan seseorang yang kita kasihi… dan berharap seseorang menyayangi kita sepenuh hati. Orang yang biasa bercinta akan berbuat apa saja untuk orang yang dicintainya.. adakalanya cinta pandang pertama kerana terpaut dengan lirikan mata bakal kekasihnya itu . Penting juga difikirkan ini adalah hanya kepentingan diri atau nafsu kita .

Jawapan yang lengkap kita sendiri mungkin lebih tahu… seperti mana seorang wanita mencintai lelaki Afrika dan seorang lelaki mencintai orang Mongolia . Adakalanya kita mencintai sesorang kerana terpaut dengan budi bicaranya atau kerana sikap ingin membantu kita … banyak terdapat darinya . Walaupun ramai berkata cinta adalah dari mata turun ke hati dan dari hati turun kemana selalunya . Tidak dapat dinafikan … cinta juga banyak menyebabkan terjadinya kemungkaran seperti pergaulan bebas , penzinaan dan pembuangan bayi …

Cinta sukar nak di huraikan. Kebanyakan cinta sesama makhluk tak kekal . Ada orang meninggalkan pasangan disaat pasangan memerlukan. Dan ada pula orang bercinta sampai menjadi hamba , memuja dan taat kepada orang yang di cintainya … kes ini perlu hati hati … silap silap merosakan akidah kita . Perlu juga diingatkan ada sesetengah kes .. iaitu apabila cinta berputik dengan permulaan merenyeh akan berkesudahan dengan pertengkaran.

Ada manusia jadi lemah pabila semangat cintanya dipermainkan atau diputuskan putus oleh seseorang.. oleh itu perlu hati hati dalam menangani isu ini . Jangan terikut ikut sangat dengan perasaan kita . Kuatkan iman … tambahkan ilmu .. perbanyakan amal ibadat … supaya kita tak terhanyut akibat daripada putus cinta itu . Ketahuilah oleh kamu hai saudara ku… Cinta yang berkekalan hanya cinta kepada Allah . Cinta kepadanya membawa kita ke syurga . Hati yang suci daripada maksiat dan dosa … selayaknya mendapat cinta Ilahi .Cinta kepada Allah bukan hanya menjanjikan kebahagiaan. Ia juga akan melahirkan peribadi yang memiliki kekuatan dan keberanian yang hebat dalam menghadapi ujian di dunia.

Dalam percintaan adakalanya kita terlalu asyik sehinggakan buta kepada yang lain … selain daripada hanya memandang , teringat , berharap kepada yang kita cintai sahaja . Jika ada pepatah berkata ” Cinta Itu Buta ” dapat kita katakan … ada kebenarannya juga .

Adakalanya kita kadang kadang mendapati seseorang sahabat karib kita … pandang satu , ingat satu , nampak macam buat tumpuan terhadap sesuatu sehinggakan buta kepada yang lainnya … rupa rupanya beliau sedang dilamun cinta yang dasyat . Hati hati lah jika kita bercinta sampai tahap ni . Ditakuti kita menjadi seseorang yang panas baran tatkala cinta kita belum disambut . Ini berlaku oleh kerana kita terlebih cintakan kepentingan kita atau diri kita tatkala kita merasakan kita sedang mendamba cinta seseorang. Mana kan tidak … kita selalu berkata ” kau hanyalah milik ku ” . Hati hati dengan ungkapan bahaya tu . Kelak memakan diri mu .

Cinta itu hadir tanpa diundang dan pergi tanpa diduga, kerana cinta itu fitrah, setiap manusia memiliki fitrah untuk mencintai dan dicintai, tapi… cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan. Jangan cinta mengawal keimanan kita. Tetapi keimanan kita yang mengawal cinta … maka itulah yang sebaiknya. Cinta yang sebenar adalah cinta yang sampai ke akhirat. Apa guna cinta di dunia sahaja …. kemudian di akhirat bermusuhan.

Masing-masing saling menyalahkan. Manusia akan menyalahkan manusia lain kerana mengheretnya melakukan dosa. Islam menyediakan jalan penyelesaian dalam segala perkara ….oleh itu rujuklah padanya. Bukankah kita orang yang menyakini Islam sebagai cara hidup .Janganlah kita mengambil Islam dalam sebahagian perkara sementara meninggalkannya pada sebahagian yang lain. Sikap kita adalah ” kami dengar dan kami taat ” terhadap semua perkara yang datang daripada Allah dan RasulNya. Tidak ada pilihan lain. Masalah cinta pun perlu di rujuk disana.

Pencinta dunia pula dengan cinta mereka . Berbuat kebaikan , berbudi , menolong membantu kerana makhluk dan keduniaan semata mata . Bukan berbuat sesuatu kerana mencari keredhaan Allah . Bagus bukannya tak bagus buat baik dan kebaktian kepada makhluk … akan tetapi .. tidak di kerana oleh suatu kerana … hanya kerana Allah SWT . Pendek kata buat sesuatu kerana Allah . Kita sebagai pendidik atau penuntut perlulah kita menanam rasa cinta kepada Allah dan Rasul sebagai hal terpenting .

Firman Allah: “Katakanlah, ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali Imran: 31).

Cinta dan kasih sayang kita terhadap makhluk adalah kerana kita mencintai penciptanya iaitu Allah SWT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

Cinta yang ikhlas dapat menjamin kehidupan yang lebih ceria dan bahagia tetapi cinta yang tidak disulami dengan kasih sayang akan mendatangkan derita pada diri. Walau bagaimanapun, kehadiran cinta amat penting dalam hidup kerana ia mampu menjadi pendorong dalam melakukan aktiviti seharian, seterusnya membuatkan diri anda sentiasa cergas, sihat dan gembira.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

2 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • syukran mg n3 nie lbh mmbantu..
    dlm pjalanan mnghala spenuh cinta pd yg Maha Agung..

  • “Cinta sejati, bukan dari mata ‘turun’ ke hati, tetapi dari hati ‘naik’ ke mata.”Kerana apa? Kerana hati yang mengawal mata. Bukan mata yang mengawal hati. Mata hanya dapat melihat body yang boleh berubah (kecantikan rambut, keputihan wajah, kelembutan pipi, kerampingan tubuh badan, keputihan gigi). Tetapi dalam hati ada lagi satu mata iaitu ‘mata hati’. ‘Mata hati’ sahajalah yang dapat melihat budi yang kekal abadi.