Cinta, Ikhlas dari Hati..

 

 

 

Keikhlasan itu ibarat seekor semut hitam, di atas sebuah batu hitam, di malam yang amat kelam. Ianya WUJUD tetapi sukar dilihat.. Namun jika keikhlasan itu benar-benar dari hati, kita kadang- kadang, akan dapat merasakannya, tanpa perlu bicara, hanya rasa.. PakarCinta, berkongsi puisi “Cinta Ikhlas dari Hati”..

 
bila kala matahari terbit di ufuk
aku tahu makna siang,aku mengerti sifatnya..
 
tetapi…
 
tatkala siang berganti malam
fikiran dan hati aku masih secerah siang
tidak sesuram lilin tidak pula selembab embun
 
aku khayal,
bingung,
 
 
 
mengelamun indah kita berdua..
kala sesat ke hujung borneo
aku sedar,kini mengerti
engkau menerangi hidup aku selama ini
aku pasti tiada insan lain di hati
selain engkau ‘gulahati’
 
satu nota ikhlas dari hati.
 
bila matahari melebar siangnya
sayangku turut selebar siang
bila malam membias suramnya
cinta ku tak sesekali sesuram malam
seikhlas nota dr hati untuk engkau renungi…
 
 
 
Dipetik dari: www.kapasitor.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

Cinta yang ikhlas dapat menjamin kehidupan yang lebih ceria dan bahagia tetapi cinta yang tidak disulami dengan kasih sayang akan mendatangkan derita pada diri. Walau bagaimanapun, kehadiran cinta amat penting dalam hidup kerana ia mampu menjadi pendorong dalam melakukan aktiviti seharian, seterusnya membuatkan diri anda sentiasa cergas, sihat dan gembira.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

4 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • best~~~

  • paling best dan make me happy

  • Terbaekkkkk!!!!<3 <3 <3 <3

  • indah n terbaekkkkk:)