Cinta itu Redha

Hati yang sekeping, banyak sekali implikasinya. bahagianya kita, deritanya kita, baikkah kita, jahatkah kita.. semuanya terletak pada hati nan satu.

Kelak kita akan dihisab atas apa monolog hati kita, niat hati kita.. Segalanya akan diberi balasan.

Bagaimana ye mahu ditulis lagi, agar orang yang menderita hatinya, mampu bangun dan membuang luka dan duka itu jauh, menjadikan ia satu sejarah silam, dan mampu mengembalikan gembira di hati, agar monolog hati kita menjadi ucapan syukur, kata yang terpahat di hati kita, perkataan terima kasih, lukisan yang terukir di dinding hati kita, lukisan indah dan meriah.

Masyaallah, sesungguhnya dunia ini indah, ujian ALLAH itu manis. caci dan cela itu rencah, apa sangatlah kata nista orang, apa pula puji melambung, segalanya milik ALLAH. kita tak punya apa,  kita hanya hamba. bukan tuan. mengapa mahu merasa derita atas apa yang diperlakukan oleh Tuhan yang empunya segala atas barang milik dan ciptaanNYA.

Kita ini, bagai kaduk naik dijunjung, beri betis mahu peha, sudahlah hamba, tetapi merasa tuan, kemudian tidak redho pula atas keputusan TUAN yang sebenar. seolah kita ini dipersalahlakukan oleh TUAN yang sebenar itu, seolah DIA zalim. seoalah DIA tidak tahu apa yang dibuatNYA, kita lebih tahu apa yang lebih baik untuk diri kita…

Ohh.. Bila ALLAH izinkan kita bersuami, kita balas pemberian ALLAH itu dengan rasa tidak puas hati atas suami yang dikurniakan itu, ada saja yang tidak kena, ada saja yang tidak betul pada pandangan mata kita. kita ‘wish’ pula untuk bersuamikan suami yang lain.

Suami kita ini garang, suami kita ini tidak bertanggung jawab, suami kita ini tidak romantik, suami kita ini curang, suami kita sekarang mahu berkahwin lagi, suami kita dah pun berkahwin, .. dan bagai..

Lalu, hati kita mula menderita, mula berkeluh kesah, mula mempersoalkan ini dan itu, mengapa begini dan mengapa begitu, mengapa tidak begini dan mengapa tidak begitu?

Persoalan-persoalan inilah yang membawa monolog duka dalam hati.. membuatkan syukur, terima kasih, redho, tenang, ikhlas terhijab. terhalang dan tidak wujud terus dalam diri.

Gagal rasa syukur, tak mampu rasa terima kasih, tak tergerak hati mahu memaafkan.  tidak dapat rasa kasih pada sesama manusia, maka tak wujudlah rasa tawakal dalam hati, tak akan timbul rasa berserah sepenuhnya kepada ALLAH, maka, mana mungkin datangnya redha.

Sedang semua ini..

1. Sifat Memaafkan

2. Rasa Berterima Kasih

3. Sabar

4. Perasaan Kasih Pada Manusia

5. Tawakkal

6. Menyerah Diri  kepada ALLAH Secara TOTAL

7. Redha

Adalah 7 sifat yang akan mewujudkan 7 lapisan aura yang menjadi pelindung kepada kekuatan jasad dan kekuatan rohani, yang dengan memiliki aura yang tinggi, hati mudah amat merasa bahagia, walau apapun ujian yang ALLAH beri kepada kita.

Moga 7 lapisan pelindung diri dan hati didizinkan menjadi milik kita. Hidup berilmu, ceria selalu. :)

Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

3 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • Ya Allah smoga kau beri aku 7 macam pelindung diri dan hati itu… Karna sesungguhnya tiada yg smpurna slain Engkau… Ampuni aku ya Allah….krn seringkali salah yg aku buat..

  • terima kasih ye…. dengan izin allah , bila bc blog ini, banyak membantu saya untuk menjadi seorang yang kuat dalam semua aspek…alhamdulilah…

  • sesungguhnya ,
    sya sdg mncri kekuatan untuk mnghadapi
    ari-2 mndtg ,
    sy thu ,
    semua yg berlaku sdh di tentukan ,
    nmun ,sy gagal mnghlang prasaan dengki sy dri
    mhasut dri ,
    sy redh0 jika kbhagiaan yg sya impikan musnah
    disebakn shbt sndri ,nmun sya m0hon berilah sya kekuatan dan
    ketabahan untuk melihat 0rg yg sya syg bhagia