Cinta Selepas Kahwin.. Bagaimana?

Tahukah anda, Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang.

cinta selepas kahwin

Bagaimana tu? Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum ini:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat.

Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina.

Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain.

Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin.

Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

blog cinta islam

Berikut adalah video ringkas oleh Ustaz Azhar bercakap mengenai ‘Isteri Solehah’:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

5 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • [...] ini, pernah anda mendengar bait-bait ayat iaitu “Cinta Luar Biasa?”. Selalunya cinta yang luar biasa ini berlaku dalam perhubungan cinta antara dua pasangan dalam keadaan yang romantis dalam [...]

  • saya bukan lah orang cinta nya luar biasa tetapi ingikan cinta selepas nikah kerana pengalaman mendewasakan saya.bagi saya cinta sebelum kahwin ada 2..sama ada berjaya ataupun menjadi kenangan yang tidak dilupakan sepanjang hidup.

  • assalam penulis, mohon share article ini di blog sy boleh? nti sy akan letakkan link blog tuan. terima kasih. :)

  • tapi cinta boleh berubah mencintai orang lain.disaat kita benar2 mencinta si dia .tapi si dia mencintai perempuan lain.walau si dia sudah berkahwin dengan saya bekas teman wanita suami saya bercinta dengan suami saya semula. bagai mana rasanya sakitnya hatiku bila semun ini terjadi dalam hidupku…bagaimana aku boleh merebut hati suami aku kembali….

  • tapi cinta boleh berubah mencintai orang lain.disaat kita benar2 mencinta si dia .tapi si dia mencintai perempuan lain.walau si dia sudah berkahwin dengan saya bekas teman wanita suami saya bercinta dengan suami saya semula. bagai mana rasanya sakitnya hatiku bila semua ini terjadi dalam hidupku…bagaimana aku boleh merebut hati suami aku kembali….

  1. [...] ini, pernah anda mendengar bait-bait ayat iaitu “Cinta Luar Biasa?”. Selalunya cinta yang luar biasa ini berlaku dalam perhubungan cinta antara dua pasangan dalam keadaan yang romantis dalam [...]