CIRI SUAMI DAMBAAN ISTERI – Bahagian 2

Artikel ini adalah sambungan dari artikel yang sebelumnya: CIRI SUAMI DAMBAAN ISTERI – Bahagian 1

* Keempat, Perahsia

Nabi saw. adalah contoh suami yang baik. Tidak ada dari sikap-sikapnya yang tidak diketahui isterinya. Nabi sangat terbuka kepada isteri-isterinya. Bila hendak musafir dengan salah seorang isterinya, nabi melakukan undian, agar tidak menimbulkan kecemburuan dari yang lain.

Bila nabi ingin mendatangi salah seorang isterinya, baginda meminta izin terlebih dahulu kepada yang lain. Perhatikan betapa nabi sangat terbuka dalam melayani isteri. Tiada seorang pun dari mereka yang merasa dizalimi. Tidak ada seorang dari para isteri yang merasa diketepikan

Kini banyak kes suami merahsiakan perbuatannya di luar rumah. Dia tidak mahu berterus terang kepada isterinya. Sikap semacam ini sungguh sangat tidak disukai kaum wanita. Banyak isteri yang tersiksa kerana sikap suami yang begitu perahsia  ini.

* Kelima, Tidak Tetap Pendirian

Setiap wanita sangat mendambakan seorang suami yang mempunyai pendirian. Bukan suami yang tidak tetap pendiriannya. Tetapi bukan diktator. Tegas dalam erti kata mempunyai sikap dan alasan yang jelas dalam mengambil keputusan. Tetapi di saat yang sama dia bermusyawarah, lalu menentukan tindakan yang harus dilakukan dengan penuh keyakinan. Inilah salah satu makna qawwam dalam firman Allah:

arrijaalu qawwamuun alan nisaa’ (An Nisa’:34).

* Keenam, Pembohong

Banyak kejadian para isteri tersiksa kerana sang suami suka berbohong. Tidak mahu jujur atas perbuatannya. Ingat sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh ke tanah. Kebohongan adalah sikap yang paling Allah benci.

Bahkan Nabi menganggap kebohongan adalah sikap orang-orang yang tidak beriman. Dalam sebuah hadis Nabi pernah ditanya: hal yakdzibul mukmin (apakah ada seorang mukmin berdusta?) Nabi menjawab: Laa (tidak). Ini menunjukkan bahawa berbuat bohong adalah sikap yang bertentangan dengan iman itu sendiri.

Sungguh banyak rumah tangga yang runtuh kerana kebohongan para suami. Ingat bahawa para isetri tidak hanya memerlukan wang dan kemewahan dunia. Melainkan dia ingin dihargai. Kebohongan telah menghancurkan harga diri seorang isteri. Kerana banyak para isteri yang mahu dicerai kerana tidak sanggup hidup dengan pembohong.

* Ketujuh, Pemalas

Di antara doa Nabi Sallallahu ‘alaihi Wasallam adalah minta perlindungan kepada Allah dari sikap malas: allahumma inni a’uudzubika minal ‘ajizi wal kasal , perkataan kasal ertinya malas. Malas telah membuat seseorang tidak produktif. Banyak sumber-sumber rezeki yang tertutup kerana kemalasan seorang suami. Malas sering kali membuat rumah tangga menjadi sempit dan tersepit. Wanita sangat tidak suka kepada seorang suami pemalas. Sebab keberadaanya di rumah bukan memecahkan masalah melainkan menambah permasalahan. Seringkali sebuah rumah tangga diwarnai kekecohan kerana malasnya seorang suami.

* Kelapan, Ego

Setiap manusia mempunyai perasaan ingin dihargai pendapatnya. Begitu juga seorang isteri. Banyak para isteri tersiksa kerana sikap suami yang selalu merasa syok sendiri. Oleh itu Umar bin Khaththab lebih bersikap diam ketika  isteri berbicara. Ini adalah contoh yang patut ditiru. Sebab hanya kepada suamilah dia menemukan tempat mencurahkan isi hatinya. Oleh itu seorang suami hendaklah selalu lapang dadanya. Tidak ego didepan isteri.

* Kesembilan, Jarang Komunikasi

Banyak isteri merasa kesepian ketika  suami pergi atau di luar rumah. Sebaik-baik suami adalah yang selalu menghubungi   isteri. Ingat bahawa banyak masalah kecil menjadi besar hanya kerana miskomunikasi. Oleh itu sering berkomunikasi adalah sangat menentukan dalam kebahagiaan rumahtangga.

Banyak Isteri yang merasa jengkel kerana tidak pernah dihubungi oleh suaminya ketika di luar rumah. Sehingga dia merasa disisih atau tidak diperlukan. Isteri sangat suka kepada para suami yang selalu menghubungi sekalipun hanya sekadar menanyakan apa khabarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tag Entri : -, Bahagian 2, CIRI, DAMBAAN, Isteri, suami
Tentang Penulis

"Bila hati kita terdapat niat untuk berubah itu, Alhamdulillah. Hati kita masih peka dan lembut untuk menerima sahutan itu, untuk keluar dari lumpur kejahilan" Penulis juga mempunyai blog sendiri, blog Aku Islam

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

1 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • informasi berguna. terima kasih,