Doa Seorang Kekasih Buat Kekasih

Hi semua.. :) Sebelum Pakar CINTA ke Masjid, Pakar CINTA nak post dulu sedikit doa-doa bagi yang berkasih, buat kekasih, dan doa seorang kekasih.. :)

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda mencari si SOLEH, tetapi berusahalah menjadi yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet mencari yang SOLEHAH, tetapi berusahalah menjadi yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

9 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • moga dpt menjadi yg SOLEHAH!

  • as salam..moga menjadi impian setiap mukmin n mukminat..:-)

  • “YA ALLAH,labuhkan lah cintaku kepada orang yg melabuhkan cintanya padaMU…”

  • Assalamualaikum,
    Terima kasih atas artikel ni. Saya juga memberi komen yang sama pada salah satu artikel tentang “Hidayah Itu Milik Allah”. Saya cuma ingin berkongsi.

    Kasih saya pada seorang teman yang bukan sebangsa dan seagama…bolehlah saya rumuskan sendiri, saya sudah jatuh cinta dengannya.
    Sayangnya, cinta saya bertepuk sebelah tangan…tambahan pula dia sudah ada orang lain. Dia menganggap saya tak lebih dari sahabat. Walaupun terluka, saya redha dengan keputusan itu…dan menjauhkan diri dari dia…..dan saya dalam proses untuk mencari pekerjaan lain kerana tak sanggup untuk bersua dengan sahabat saya itu. Saya yakin, kalau sudah tertulis di Loh Mahfuz, dia untuk saya, Insya Allah kami akan disatukan. Jika tidak, Allah tentu menganugerahi kami dengan pasangan yang lebih baik, bukan begitu?

    Alhamdulilah. Dalam kesedihan itu, ada hikmah disebaliknya. Saya lebih dekat dengan Allah SWT. Kerana merasakan diri ini sungguh tidak berdaya..masakan cinta dapat dipaksa. Seperti yang saya kata..cinta itu milik Allah. Biarlah hati saya, Allah tentukan untuk orang yang lebih baik. Semoga dipermudahkan, ya?

    Kerana Allah, kami bertemu dan berpisah…walaupun cinta itu tak berbalas…tetapi kerana cinta itu juga, saya mula kembali kepada fitrah sebagai seorang wanita Muslim. Untuk dia, saya doakan semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk. Saya katakan padanya, saya selalu mendoakan dia. Saya tidak menyatakan secara tepat apa yang saya doakan…tapi saya doakan semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk padanya. Dan biarlah hatinya terbuka mengenal Tuhan saya, Allah SWT..yang penuh dengan sifat Ar Rahman dan Ar Rahim Nya. Sekalipun dia bukanlah jodoh saya, dengan siapa pun dia berkahwin, tidak penting…yang penting, biarlah hidup dan matinya kerana Allah SWT..Tuhan saya…Tuhan dia…dan Tuhan kita semua…..Amin.

    Doa itu tak pernah putus. Selain daripada doa untuk orang-orang yang dikasih..para Muslimin dan Muslimat, saya titipkan di hujung solat, semoga dia diberikan hidayah Allah. Indah sungguh apa yang cinta itu boleh buat rupanya. Baru saya mengerti, cinta mana yang didasarkan atas nafsu..dan yang mana lahir dari hati. Sekurang-kurangnya itu yang saya rasa. Sebab saya bersedih setelah cinta tidak berbalas, maka saya lekas-lekas mengadu kepada Allah SWT. Saya mohon diberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk meneruskan hidup. Putus cinta bukan penamat hidup..tapi indah sungguh kalau cinta itu cinta yang dirahmati oleh Allah.

    Wahai Allah…..Tuhan yang Maha Penyayang, Maha Pengasih, Tuhan yang memberi segala rahmat dan keberkatan…berikanlah hidayah kepada dia..yang aku cintai. Berikanlah petunjuk dan ilmu untuk dia mengenalMu, sepertimana aku mengenalMu…dan jika dia Kau ciptakan untukku, sebagai imam untuk solatku, sebagai suami untuk diriku, sebagai bapa untuk anak-anakku, maka mudahkan lah Ya Allah. Amin.

  • semoga menjadi insan yang soleh dan solehah….beriman dan bertakwa… =)

  • saya tidak apat melupakan seseorang yang telah mencuri hati saya….dia sudah ada orang lain…tapi hakikat nya saya tidak dapat melupakan dia….bagaimana mahu atasi masalah ini???

  • [...] Takkan habis ku berdoa, [...]

  • inginkan cinta yang afdal lagi sejati serta suci dirikan rumahtangga yakni kekal abadi…

  • Salam..

    Rileksla LisaAdam..Insya-Allah Dia sudah ciptakan yang terbaik untuk anda..ataupun kalau susah2, Saya kan ada..hehe ..:) Peace!

  1. [...] Takkan habis ku berdoa, [...]