Duit Suami Duit Isteri, Duit Isteri Hak Mutlak Isteri?

Pakar Cinta, saya telah mendirikan rumah tangga bersama suami selama 5 bulan. Masih muda lagi usia perkahwinan kami dan sekarang saya telah mengandung selama 2 bulan, Alhamdulilah. Saya dan suami dua-duanya berkerja.

Suami saya melihat gaji saya kini hampir sama dengan gajinya, oleh itu dia menyuarakan hasrat supaya saya membantunya dalam perbelanjaan bulanan. Persoalan saya, adakah dia mempunyai hak untuk meminta gaji saya; setakat mana hak suami terhadap saya dan adakah benar dia tidak boleh meminta duit daripada saya?

Dan betulkah cakap orang bahawa  duit suami duit isteri juga, tetapi duit isteri hak mutlak si isteri saja? Adakah maknanya di sini saya boleh membelanjakan duit gaji saya tanpa meminta kebenaran suami?

- Puan Lia, Alor Setar.

Jawapan PakarCinta:

Sebelum itu, rasanya belum terlambat Pakar Cinta mengucapkan selamat pengantin baru kepada Puan Lia dan suami. Semoga perkahwinan ini kekal dan dirahmati Allah selalu. Dan tahniah atas rezeki yang Allah berikan kepada Puan Lia, semoga kandungan sihat dan sempurna, InsyaAllah.

Puan Lia, hak memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak adalah tanggungjawab suami. Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian.

Tetapi apa yang boleh si suami boleh lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik, saling memahami dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar bekerja untuk meringankan beban kewangan.

Dari itu, persefahaman dari pihak isteri amat diharapkan, kerana inilah hidup berumahtangga, susah senang sama-sama merasainya.  Si suami pula, jika isteri sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia membantu isteri dalam kerja dalam rumah. Barulah bahagia hidup, hingga ke syurga. InsyaAllah.

Tanggungjawab suami terhadap isterinya ialah menanggung nafkah isteri. Penyaraan nafkah adalah bermaksud menanggung semua perbelanjaan isteri selagi mana perkahwinan masih wujud. Perbelanjaan itu meliputi perbelanjaan makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal serta perubatan.

Ketentuan syariat nafkah keluarga terdapat dalam Surah al-Talaq ayat 7 yang bermaksud

 “Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah menurut kemampuannya. Barang siapa yang sempit (sedikit) rezekinya, hendaklah memberi nafkah menurut yang diberikan Allah kepadanya. Allah tiada memberati diri seseorang, melainkan menurut yang diberikan Allah kepadanya. Nanti Allah mengadakan kemudahan sesudah kesukaran”.

Selama mana isteri taat kepada suaminya iaitu dalam lingkungan yang dibenarkan syarak maka selama itu ia berhak untuk mendapat hak nafkah. Apabila suami tidak memenuhi kewajipan isteri berhak menuntutnya.

Sekiranya isteri bekerja dan dengan kerjanya itu mendapat izin suaminya, maka wang hasil yang diperolehi oleh isteri tadi adalah hak milik mutlak isteri dan suami tidak mempunyai hak untuk meminta wang gaji isterinya itu.

Sebaliknya jika suami meminta wang gaji isteri dan isteri memberikannya dengan rela hati tanpa sebarang paksaan dengan niat untuk membantu suami ia tidak dianggap sebagai hutang kerana pemberian itu bukan atas dasar paksaan suami.

Bahkan perkara ini sangat digalakkan kerana wujudnya sifat tolong menolong di antara suami isteri demi kebahagiaan keluarga. Sekiranya suami meminta duit dari isteri dengan cara memaksa dan tanpa kerelaan isteri sendiri, isteri berhak untuk menuntut duit itu daripada suami kerana ia dianggap sebagai hutang.

Justeru, tanggungjawab menyara keluarga adalah terletak dibahu suami. Apabila sempurna saja ijab kabul sesuatu perkahwinan, maka tanggungjawab terus wujud dibahu suami.

Umumnya suami yang bekerja mencari nafkah tetapi dewasa ini bukan saja suami yang bekerja mencari nafkah, malahan isteri juga turut sama menyumbang tenaganya di dalam pemerolehan keluarga serta membantu menaikkan taraf sosioekonomi sesebuah keluarga.

Bermuafakatlah, kerana ianya membawa berkat. InsyaAllah. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

10 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • Secara hukum, setiap individu memiliki kuasa penuh atas hartanya. Suami memiliki kuasa penuh atas hartanya, begitu juga istri. Jadi, sebenarnya salah jika kita mengatakan bahwa harta suami juga harta istri. Apalagi agama telah menentukan hak-hak seorang istri, mulai dari mahar, nafkah, mut’ah, hingga warisan. Jadi, secara hukum, kita tidak bisa mengklaim harta suami sebagai harta kita. Namun secara etika, demi keharmonisan rumah tangga, dalam kehidupan sehari-hari pasangan suami istri harus selalu berbagi, saling melengkapi..

  • Cuba kita tgk kisah ini. Kenapa laki tu benarkan bini dia kerja ? Adakah saja2 dia suruh bini dia kerja ? Mesti dengan niat yg baik iaitu supaya gaji bini dia itu, dapatlah membantu suaminya dalam membuat perbelanjaan untuk keluarganya tersayang. Klu dah tahu bininya tak nak share gaji dgn lakinya, senang aje, suruh bininya duduk kat rumah, jaga anak dan layan suami dan buat kerja apa yg patut kat rumah. Wanita x wajib bekerja dan menyara keluarga. Kalau wanita bising2 x nak bagi sumbangan gaji pada suami, dah tu yg ko (isteri) nak pi kerja buat apa.

  • bagaimana pula dgn nafkah batin, jika bersama dgn isteri hanya 6 kali dlm setahun? Dan permintaan suami selalu dtolak atas alasan letih. Itu antara alasan tahun 2011.

  • salah ke kalau saya sebagai isteri meminta balik duit yang suami pinjam yang di janjikan suami untuk membayar balik…bila saya minta duit yang di janjikan suami saya kata saya ni bekira dan dia ungkit pada saya yang dia lagi banyak habis duit debgan saya tapi tak minta balik pun…

  • Harta suami hak mutlak suami, harta isteri hak mutlak isteri..cuma tanggungjawab memberi nafkah adalah tanggungjawab suami.. perlu ingat juga, dalam setiap nikmat harta yang Allah beri, ada sebahagian Allah tetapkan menjadi rezeki kepada orang orang lain..

  • Mengikut agama NAFKAH adalah tanggungjawab suami,tetapi pd masa ini segala perbelanjaan adalah tinggi, jika gaji suami 2k pun masih x cukup utk menampung sehingga hjg bulan, sbb itu ada suami meredakan isterinya bekerja utk meringankan bebannya, jadi tidak salah membantu.bergantung kpd pendapatan suami.Jika suami bergaji besar dan mampu menggung isteri bolehlah isteri melakukan apa shj dgn gajinya,TETAPI!! jika suami gaji krg,,xkan nak suami kurus kering…masa cinta bukan main susah sama susah, bila dh kawin.fikirkn wahai ISTERI

  • klu suami kawin 2 gaji rm 2000 hanya mampu memberi nafkah kepada isteri prtama iaitu sya hanya rm 200 wajar ke…?kena tnggung ank lagi 3 org yg masih sek sewa rumah,api ,air,dan sebagainya dgn gaji sya hanya rm500 sebuln…WAJARKAH….?

  • memang umah,makan, pakai,perubatan tanggungjawab suami..ttp memandangkan gaji suami kecik sbgai isteri yg bgaji lebih drp suami sy xde masalah untuk sama membayar demi kebahagian kitorang.ex: umah atas nama saya, saya bayar umah …husband prepare tuk susu anak, baby sitter, makan minum…macam kerete atas nama saya, so saya bayar kerete…tapi yg penting duit gaji suami saya yang handle…klu agak2 x berape nak cukup saya cukupkan jugak…klau x kekurangan duit untuk makan tgh hari kat luar, saya sanggup masak dan tapaw bawa ke tempat kje masing…pokok pangkal nyer, atas niat kite…klu nak strict ikut kewajipan suami bla n bla-bla…jawapnyer dah lame dah yg elok bdiri boleh roboh…

  • Nak tahu adakah suami berhak ambil tahu kemana duit gaji isteri.

  • kadang2 ade sesetengah suami ni asyik nak tau berapa baki gaji isterinya….smpi naik runsing pulak isteri…ape halnye tu…..ni kire nk menyibuk dh kn???