Hinakah Aku Seorang Janda?

Salam Cinta. Saya seorang janda beranak satu dan saya bakal melangsungkan perkahwinan kali kedua InsyaAllah hujung tahun ini. PakarCinta, bermula tempoh perkenalan dengan si dia sehinggalah saat ini terlalu banyak dugaan yang saya tempuhi. Pelbagai cemuhan dan hinaan yang saya dapat. Memandangkan bakal suami seorang teruna dan saya seorang janda. Hinakah saya ini PakarCinta kerana gagal mempertahankan rumah tangga saya dahulu? Salah sayakah apabila membuat tuntutan fasakh di mahkamah kerana bekas suami saya dulu selalu memukul saya? Layakkah saya mengidamkan bahagia?

Latifah, Rembau.

 

 

Jawapan Cinta ♥:

Latifah, tiada celanya seorang wanita bergelar janda. Latifah sendiri pun tidak pernah minta untuk menjadi janda bukan? Nauzubillah, tergamak bekas suami Latifah mengasari Latifah. Tahukah bahawa rumah tangga adalah amanah Allah. Baik suami mahupun isteri, jagalah tanggungjawab masing masing dengan sebaiknya. Sikap suami yang suka memukul, tidak mempedulikan rumah tangga, tidak menyempurnakan makan minum isteri dan selalu membawa perempuan lain adalah suami yang tidak bertanggungjawab dan khianat terhadap isteri. Syukur kerana sekarang ini Latifah telah berjaya melepaskan diri dari keganasan dan kekerasan rumah tangga yang Latifah hadapi.

 Seperti wanita-wanita lain, Pakar Cinta yakin Latifah  juga ingin hidup bahagia di dalam perkahwinan. Namun, dah namanya hidup ini satu ujian, perkahwinan juga satu ujian, Latifah yang terpilih untuk menerima ujian gagal di dalam rumahtangga, seharusnya banyak bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan ini. Memang kadang-kadang masyarakat selalu memandang sebelah mata status janda ataupun dua sebagai predikat yang hina, rendah dan tercela. Padahal mereka tidak tahu alasan janda atau duda sampai menyandang status itu. Sebenarnya, janda apatah lagi ibu tunggal perlu dibantu dan disokong dengan kata-kata semangat dan motivasi agar mereka mampu terus tabah menjalani hidup.

Bagi jawapan persoalan Latifah tentang hinakah bergelar janda? Jawapanya tidak dari pandangan agama, kerana Nabi s.a.w dan ramai para sahabatnya mengahwini janda. Jika perkahwinan seumpama itu merupakan suatu hinaan dari segi agama, tentu sekali baginda tidak mengahwini Khatijah yang pada ketika itu seorang janda berusia lewat 40-an.

Kuatkan semangat, tabahkan hati. Sesungguhnya nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan, alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati. InysaAllah.

Boleh jadi Allah mempertemukan kita dengan orang yang salah sebelum akhirnya bertemu dengan orang yang tepat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

2 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • semua yang berlaku adalah ketentuan Allah…tiada manusia di dunia ini yg mahukan penceraian…semua org berkahwin agar kekal selamanya….tapi apakan daya… qada dan qadr Allah mengatasi segalanya… kita merencana.. Allah dh atur…byk pasangan yg berkahwin terpaksa membawa haluan sendiri… akhirnya masing masing bahagia dgn pilihan lain…malah boleh pula berkawan dgn bekas suami dan isteri serta suami isteri baru kpd bekas suami isteri mereka….jodoh Allah dh tetapkn.. cuma kita cari kesesuaian dlm melayari bahtera rumahtangga…berdoalah utk kebahagiaan….SENJATA ORG MUKMIN HANYA DOA,,,,,DOA BOLEH MENGHALANG QADA YANG SEDANG TURUN DR LANGIT,,,

  • semua yang berlaku adalah ketentuan Allah…tiada manusia di dunia ini yg mahukan penceraian…semua org berkahwin agar kekal selamanya….tapi apakan daya… qada dan qadr Allah mengatasi segalanya… kita merencana.. Allah dh atur…byk pasangan yg berkahwin terpaksa membawa haluan sendiri… akhirnya masing masing bahagia dgn pilihan lain…malah boleh pula berkawan dgn bekas suami dan isteri serta suami isteri baru kpd bekas suami isteri mereka….jodoh Allah dh tetapkn.. cuma kita cari kesesuaian dlm melayari bahtera rumahtangga…berdoalah utk kebahagiaan….SENJATA ORG MUKMIN HANYA DOA,,,,,DOA BOLEH MENGHALANG QADA YANG SEDANG TURUN DR LANGIT,,,