Kahwin Semasa Belajar?

Apakah pandangan Pakar Cinta tentang perkahwinan semasa belajar? Saya mempunyai kekasih hati dan ingin menjadikan si dia ratu hati saya. Saya dan si dia belajar di IPG dan kami berdua berbincang untuk berkahwin semasa belajar agar nanti mudah di’posting’kan ke tempat yang sama. InsyaAllah.

Jawapan:

Bagi Pakar Cinta ia bergantung kepada keadaan seseorang itu!  Bagi Pakar Cinta jika anda pembaca merasakan diri sudah wajib untuk berkahwin dan tiada halangan daripada keluarga dan kekangan kewangan, maka berkahwinlah.

Tidak salah berkahwin muda kerana ianya dapat mengelakkan maksiat namun dalam perkahwinan itu anda bagi pihak lelaki hendaklah mempunyai kewangan yang mencukupi!

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

“Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan mudamu sebelum tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan sakitmu, keadaan kaya sebelum fakirmu, keadaan lapangmu sebelum waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu.” – (Riwayat Hakim dan Baihaqi)

Sudah menjadi ketentuan bahawa ALLAH mencipta kaum Adam dan Hawa untuk saling sayang-menyayangi. Jika kita merasakan diri sudah bersedia dari segenap sudut dan takut terjatuh dalam lembah penzinaan, maka berkahwinlah dan wajib baginya.

Tetapi harus diingatkan, bawalah berbincang sebaik mungkin bersama ibu bapa anda agar segala kesulitan kelak dapat ditangani dengan bijaksana. Insyaallah.. :)

kahwin awal

Cinta kepada harta maksudnya bakhil,

Cinta kepada perempuan maksudnya lumrah,

Cinta kepada diri maksudnya bijaksana,

Cinta kepada mati maksudnya hidup ,

dan.. Cinta kepada Allah Taala maksudnya takwa.

 

Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

Ops! Tiada Komen Lagi. Jadilah Yang Pertama..