Kebaikan & Kesan Poligami Mengikut Pandangan Islam

poligami

Terdapat banyak isu yang boleh disenaraikan apabila seseorang itu berpoligami. Walaubagaimanapun, poligami pada hari ini telah ditutupi kebaikannya dengan dakyah atau tomahan daripada fahaman songsang yang berpaksikan kepada pendidikan barat yang mengharamkan poligami dalam kehidupan.

Kelebihan berpoligami adalah sangat berasas dan memenuhi fitrah kejadian manusia. Cuba bayangkan jika Islam tidak membenarkan poligami, kemungkinan putaran sosial dalam kehidupan manusia boleh menjadi tunggang-langgang.

Antara kebaikan berpoligami yang dituntut dalam Islam bagi mereka yang mampu adalah:-

  • - Menyelamatkan suami daripada melakukan penzinaan disebabkan wujudnya halangan berbentuk syariat bagi wanita iaitu haid dan nifas.
  • - Mendapatkan keturunan kerana isteri disahkan tidak dapat melahirkan anak atau isteri sudah terlalu tua dan sudah putus haid.
  • - Memelihara lelaki yang mempunyai kemahuan dan nafsu seks yang tinggi daripada melakukan zina.
  • - Poligami menghindar daripada berlaku perceraian kerana isteri mandul, sakit atau terlalu tua.
  • - Menghindari daripada perempuan bergelar anak dara tua di mana zaman sekarang lebih ramai perempuan daripada lelaki dan mereka dapat merasai kehidupan berumahtangga.
  • - Keperluan lelaki yang berhijrah jauh mencari rezeki, yang sentiasa kesunyian tiada teman bagi mengelakkan berlakunya hubungan haram.
  • - Andainya poligami tidak dibolehkan, wanita hanya akan menjadi alat pemuas nafsu bagi mereka yang mempunyai harta dan kesenangan tetapi tidak mempunyai tanggujawab sepatutnya terhadap wanita tersebut.
  • - Untuk menghindari kelahiran anak-anak yang tidak sah keturunan yang merosakkan kesejahteraan umat manusia. Anak luar nikah mempunyai hukum yang berbeza daripada anak yang sah, dan mengelakkan anak dan keluarga terasa malu dengan keturunannya.
  • - Menambah hubungan antara keluarga melalui ikatan yang dijalinkan.
  • - Kehormatan wanita akan terjaga apabila ia dilindungi oleh kaum Adam yang ingin mengambilnya sebagai isteri.
  • - Memberi kesempatan yang lebih besar kepada para isteri beramal apabila tibanya giliran isteri yang kedua.
  • - Menambah bilangan keturunan.
  • - Mengeratkan lagi kasih sayang apabila perjumpaan isteri digilirkan.

Sudah terang lagi bersuluh dengan keterangan di atas, dapatlah kita rungkaikan bahawa pologami yang diharuskan Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan nafsu seks bagi kaum lelaki tetapi mempunyai maksud serta tujuan untuk kemaslahatan ummah.

Islam juga tidak memandang mudah tentang syarat-syarat yang dikenakan terhadap suami yang berpoligami. Sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dapat dipenuhi maka mereka ditegah untuk melakukan poligami yang boleh membawa mereka kepada lembah dosa yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Poligami itu tidak buruk tetapi menjadi buruk apabila orang yang sesat mengamalkan poligami. Poligami adalah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T kerana-NYA adalah Maha mengetahui segala keperluan dan kehendak hambanya.

Allah tidak menghalalkan apa yang akan memudaratkan hambanya. Dalam poligami tiada buruknya. Cuma tanggungjawab yang perlu dipikul adalah berganda berbanding sebelumya. Tanggungjawab dalam melaksanakannya merupakan cabaran paling penting dalam berpoligami.

poligami rahsia

Hal poligami ini menjadi lebih parah dengan gembar gembur yang dimainkan oleh media dalam menyebarkan seolah-olah poligami itu salah dan tidak dibenarkan.

Maka, poligami itu akan bertukat menjadi pengalaman pahit apabila:

  • - Pengamalnya tidak mendalami ilmu sebelum berpoligami.
  • - Pengamalnya tidak mengikut Al-Quran dan As-Sunnah apabila berpoligami.
  • - Pengamalnya bertujuan untuk mengkianati wanita.
  • - Pengamalnya berpoligami berdasarkan nafsu semata-mata.
  • - Pengamalnya tidak pandai untuk menguruskan rumahtangga.

Oleh itu, sekiranya anda, suami anda atau sesiapa sahaja yang mempunyai niat untuk berpoligami, sila dalami terlebih dahulu ilmunya. Untuk itu, anda boleh dapatkan panduan lengkap poligami yang diberi nama ‘Rahsia Poligami’ di laman web ini: KLIK SINI!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

3 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • sudah suratan tertulis kita bertemu…

  • Selalunya orang pandai berkata-kata tentang poligami tapi bagaimana jika diri sendiri yang menghadapinya tabah ke hati untuk melaluinya bagi wanita dan boleh ke adil bagi lelaki?

  • betul kata kasih org yg tak melaluinya dia tak rasa,lelaki klu dah dapat mne boleh berlaku adil kebnyakn isteri muda yg lebih,setelah dia berkahwin hanya beri rm 150 sebulan …mne pergi duit yg dahulu dia beri sebelum dia kawin alasan dia banyak hutang…..klu mcm ni dia blh kawin 10 la.patut ke mahkamah beri izin?