Kenapa Yang Berkat Menjadi Mudarat?

Zaman sekarang, apabila usia masih lagi muda, masih lagi menuntut, jika kita menyuarakan hasrat untuk berkahwin mesti ramai yang membangkang. Belajar dahululah, tak sabarlah, tak dapat kawal nafsulah dan macam-macam lagi persepsi negatif tentang kahwin diusia muda ini. Kenapa yang berkat menjadi mudarat? Kenapa kahwin muda dipandang serong melebihi orang yang ditangkap khalwat? Sedih aoabila tahap WAJIB kahwin dianggap enteng oleh sesetengah pihak. Baik dari pihak lelaki atau perempuan. Walhal, ia adalah wajib.  Jadi, ini merupakan alasan saya kenapa saya ingin kahwin awal.

1. Dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin.
2. Nak jaga mata, hati dan kemaluan.
3. Nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila-bila masa sahaja
4. Nak ada zuriat yang dapat bahagiakan dan doakan saya
5. Dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. Dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yang lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga. 
7. Nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama

” Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua.” Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa’i, at Tarmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

Apabila manusia berseorangan, dia lebih mudah terdedah dengan godaan dan tipu daya syaitan. Oleh itu, berkahwin dapat menyelamatkan kehidupannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

2 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • ibu bapa berfikiran jika anak2 kahwin pada usia muda mereka berasakan si suami ini tidak mampu untuk menyara n menjaga anak mereka sebaik mungkin.. nak bagi makan apa? nk tinggal dekat mana? masing2 masih lagi belajar. masalah kewangan sangat2 kritikal.. bagaimana mereka hendak menghadapi semua ini? sedangkan ilmu mereka masih lagi cetek.. banyak yang mereka perlu pelajari.. kematangan seseorang itu tidak semestinya mampu untuk menjaga seorang wanita jika tidak kuat imannya dan tidak punya ilmu yang cukup.. bagaimana hendak berhapan dengan ibu bapa untuk menyuara hasrat hati tentang ini… ? =_=”

  • ibu bapa sekarang perlu melihat ke hadapan,sepatutnya.. nikah khitbah salah satu jalannya to masih ramai yang tidak memahami konsepnya