Ketenangan Adalah Cinta Sejati

Cinta sejati umpama kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya. Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah.

Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tenteram dalam hidupnya: Iri hati, dengki, dan akhlak buruk.

Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.

Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.

ketenangan

Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Imam Ali bin Abi Talib berpesan:

“Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”.

Kemudian Ibnu Munkadir berkata:

“Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”.

Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.

Engkau disebut sebagai manusia bukan kerana tubuh dan jasadmu tetapi akal dan jiwamu. Akal mempertahankan barang yang pahit tapi manis akibatnya, nafsu mempertahankan barang yang manis tapi pahit akibatnya.

Musuh yang paling dekat ialah kebodohanmu. Singkirkannya sebagai menyikirkan bahaya daripada musuh-musuhmu. Belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya, berfikir tanpa belajar adalah berbahaya. :)

Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

3 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • mhon copy….

  • … [Trackback]…

    [...] Informations on that Topic: pakarcinta.com/blog/ketenangan-adalah-cinta-sejati/ [...]…

  • … [Trackback]…

    [...] Informations on that Topic: pakarcinta.com/blog/ketenangan-adalah-cinta-sejati/ [...]…

  1. URL

    … [Trackback]…

    [...] Informations on that Topic: pakarcinta.com/blog/ketenangan-adalah-cinta-sejati/ [...]…

  2. … [Trackback]…

    [...] Informations on that Topic: pakarcinta.com/blog/ketenangan-adalah-cinta-sejati/ [...]…