KISAH BENAR : Ketabahan Isteri Menghadapi Suami Curang

ketabahan
Dia isteri yang cantik, muda lagi.. NAMUN begitu berat ujian menimpa dirinya, tentang suaminya.. BUKAN buka aib sendiri, sebab baginya, tindakan yang dia ambil perlu untuksemua isteri contohi. AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN! Ini kisahnya …Kisah ini diambil daripada isteri tersebut yang di emel kepada Pakar Diari Hati. (Tulisan ini tidak diubah untuk mengekalkan kiriman istri tersebut)

Assalamualaikum.. Tolong hide nama sy.sy hanya ingin meluah dan berkongsi. sy ingin isteri2 diluar sana beringat. dan amik pengajaran..

DIA LUPA, ALLAH ITU ADA

Sy dan suami kenal dr zaman persekolahan lg. kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah.Siapa yg x bahagiakan jika jodoh kekal hingga ke jinjang pelamin. 

Dikurniakan rezeki awal,sy bunting pelamin..makin bertambahlah seri bahagia kami. Pada usia kandungan 5 bln,Allah turunkan dugaan. Sy menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan.suami menemani sy selepas pembedahan. Semasa cuti sakit,sy sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami sy. Cepat marah,kurang sabar,ambil x endah tentang saya.suami sy seorg yg baik sebenarnya.solat x tinggal..imamkan sy,beri tazkirah selepas solat, alhamdulillah..tp dia lupa,Allah itu ada..

x disangka2,Allah tunjuk petanda. Di FB suami ,ada wanita yg tidak saya kenali.sy stalk FB wanita tersebut.terkejutnya sy,status nya semua mengenai rindu dendam pada suami sy.hati isteri mana yg x hancur luluh. Suami menafikan semua dan kata ada org ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami.dia kata mungkin salah seorg bekas kekasihnya..sbg isteri,sy percaya kata2nya..tp dia lupa,Allah itu ada..Ketika itu kndungan saya 7bulan. lebih mengharukan suami sy sampai bersumpah itu ini..Dan secara tiba2 dia kembali romantik.

tp dia lupa,Allah itu ada.. 1malam,sy terbuka hati untuk check hp suami. Inbox-clear. Sent item-clear. Draft – ……1 msg untuk seseorang..yg membuktikan mereka ada hubungan..lg sekali,hancur luluh hati sy..saat itu jugak sy tanya suami. Dia diam dan ingin mula solat.sy paksa dia mengaku..pd mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah keluar bersama.

Ya Allah..terduduk sy semasa mendengar pengakuan. Menangis,mengongoi…macam org gila.ya,macam org gila..tp dia lupa,Allah itu ada. Dia ingat sy keluar untuk pergi kerja pd malam itu.tp tidak.sy terus ke rumah rakan.tanpa ditahan hati sy meluah segalanya..sy rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.dan kami kembali ke rumah sy utk ambil pakaian.sampai disana,kereta suami tiada.tahulah sy dia keluar berjumpa perempuan tersebut.malam itu juga sy bilik ke rumah mertua.sy cerita kn semuanya.(suami belum pulang ketika itu tp tahu sy di rumah mertua). Suami call sy dan ckp dia jumpa perempuan tu sebab nk settlekan hal mereka.sy dah x ambil pusing.mertua pula pujuk sy supaya x cerita pd ibu bapa sy. Sy akur..

Suami pulang pd hampir jam 11mlm.sy dan rakan tunggu di dalam kereta.suami sampai ke terus masuk kereta sy dan terangkan bhw perempuan tu yg gilakan dia.dia mengaku berkawan dan perempuan tu,keluar karaoke,dan mula mengaku bahawa perempuan tu bin lah bekas kekasihnya.tp janda anak 4!

Ya Allah,kami baru saja 25thn!! Dan katanya,hubungan mereka hanya sekadar kwn. Katanya,dia cuba tinggalkan perempuan tu,tp x boleh sbb perempuan tu akan ugut dia utk beritahu sy rahsia mereka.Bila sy tanya knp x terus terang,dia bagi alasan sebab takut sy marah..ya Allah,macamla sy x marah ketika ini..sy x puas ati,sy suruh dia bersumpah smbil pegang perut sy atas nama anak.suami pd mulanya x setuju.tp tetap buat dalam keadaan terpaksa.kemudian,kami pulang dan sy mendiamkan diri..sy masih terasa ada sesuatu yg suami sembunyikan..betul,suami sy lupa..Allah itu ada..

Pada subuh hari,sy kejut suami.sy tanya elok2..sy suruh dia terus terang dan ceritakan segala2nya pd sy supaya perempuan itu x tambah cerita,x buat fitnah,x ugut dia lg. Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali,sudah 3x..Allah….berat sungguh dugaanMu..bayangkanlah,sy sedang mengandungkn anaknya 7bulan!! 

Ketika itu,sy diam.setitik air mata pon tiada..sy pandang kosong suami sy.sy rasa cinta sy yg 8thn itu telah terkubur.sy diam sejenak.suami pula menanti jawapan.dia menangis.sy biarkan..baru menyesal mungkin? Sy peluk suami sy,sy bisik di telinganya..’abg bertaubatlah,solat taubat byk2.sy maafkan abg..dan sy tiada dendam dalam hati’ suami pandang sy sambil menangis teresak2 dan bertanya adakah sy masih terima dia lg.dan sy hanya mengangguk. 

Dia menangis sambil memeluk sy,cium sy..sy terus bin dan berwuduk.ketika solat lah br air mata sy jatuh..pd Allah sy mengadu betapa hancur berkecainya hati sy ketika mendengar pengakuan itu..hati sy x tenang.sy baca surah ar rahman. Tersedu2,sebak yg x tahu nk dicakapkan. Suami yg melihat turut menangis.dia x sanggup tgk keadaan sy..dia call ibunya dan berterus terang tentang dosanya dan ibunya turut menangis dan meminta utk bercakap dan sy.sy x mampu utk berkata2 ketika itu.sy hanya menangis dan menangis..suami cerita,dia x tahu knp dia boleh berubah sebegitu sekali.sy tanya apa yg kurang pd sy,dia kata tiada apa yg kurang.sy ada rupa,1000x cantik pd janda tersebut.sy solat,sy taat pd suami.sy bekerja,sy dah bg dia anak..sy tutup aurat.ape lg??

suami kata dia macam lupa diri..dia xtahu knp dia bodoh macam tu.dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tp perempuan itu ugut utk beritahu dosa mereka pd sy..sebab tu dia terpaksa stay berhubung utk tutup mulut perempuan tersebut.

Mmg,sakitnya ya Allahhh…. Dia saja yg tahu. Sy hanya bertahan utk sekejap.kemudian sy x boleh lupa dan mula rasa ingin mrh.sy minta cerai pd suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.tp suami x nk.dia kata mati hidup balik pun dia tetap x kan ceraikan sy. Pd saat itu sy kerap menangis..tambahan pula perempuan tu mengamuk2 pd suami dan sy..habis dia cerita semua yg sy x tahu..yg amat menyakitkan. Perempuan tu hantar msg pd sy dan menyuruh suami sy hubungi dia.(suami dah patahkan simcard). Sy bls msg ya dan nyatakan tiada apa yg belum selesai.sy dan suami sy baik2 saja. Pastu,dia balas dan kata tahniah kpd saya krn bersuamikan ya.perempuan tu kata lg,pastikan suami sy x cari dia seperti mana suami sy mencari dia ketika sy melakukan operation dulu.. 

Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit,suamiku curang…sedih dan pilu hati ni xtah nk khabarkan macam mana..
Tp Allah nk ada..siapa la yg x marah..memang sy mrh.tp sy belajar utk memaafkan dan melupakan..sy minta suami utk menghargai pengorbanan sy.sy minta utk dia x lupa Allah tu ada..mcm2 suami tipu,tp Allah bantu sy beri petunjuk..

Alhamdulillah,kami kekal sampai sekarang..anak sy pn telah selamat lahir..kami cuba utk lupakan segalanya.kami buka buku baru..suami pun dah berubah.sebab dia tahu,tiada lg peluang jika sejarah berulang.jika berulang lg,sememangnya tiada maaf bagimu. sy ada gaji sendiri,sy ada rupa,sy ada anak dah dan sy ada Allah.apa ade hal?

Mungkin ramai yg kata sy bodoh sbb sy bg peluang.tp bagi sy,lg bodoh jika sy meruntuhkan masjid sendiri..sy yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa sy diduga sebegitu rupa,mungkin isteri2 di luar sana akan ambil jalan cerai..mungkin,balas dendam..

Sabar sahabat2ku, Allah itu ada..kita kena percaya qada dan qadar. Kuat lah,bangkitlah,tunjuk pd dunia tangan lembut kita mampu menggoncang dunia..yakinlah ALLAH ITU ADA~

Allah.. Allah.. Allah.. :’(

# Ikuti komen-komen terharu tentang cerita ini DI SINI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

Nama diberi Mohd Aidil Bin Sahipaludin, memulakan penulisan dalam http://diarihati.com/blog/ dengan nama pena Pakar Diari Hati (PDH). Semoga segala perkongsian ini menjadi wadah untuk berubah, menjadi motivasi untuk mengisi kehidupan diri dan menjadi amal yang dihitung di akhirat kekal abadi. Temui saya di page https://www.facebook.com/diarihati

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

27 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • Hanya Tuhan saja yg tahu beban menanggung perit kecurangan lelaki bernama suami.. Saya juga menghadapi bebanan yg sama.. mentally saya rasa dah tak boleh nk tanggung, hanya Allah saja yg bantu saya menghadapi hari-hari dengan sisa ketabahan yg ada.. Saya kenal suami 4-5 tahun sblm decide bernikah.. sepanjang perkenalan mmg tak nampak keburukan sifat yg boleh membuat hati saya curiga. mungkin Tuhan meletakkan hijab utk saya nampak keburukan dirinya.. Dan keluarga saya semua suka dia.. Mmg amat pilu bila dikenangkan balik.. Kalau boleh dibalikkan masa ke minit pertama mengenali dia, saya akan mohon supaya Allah tutup rapat pintu hati dan mata saya daripada lelaki ini.. Menyesal, ye saya menyesal mengenali lelaki yg menjadi suami saya ini..
    Seperti kata penulis, Allah itu ada.. ye betul.. setelah lebih 5 tahun berkahwin, tiba2 tergerak hati saya utk mengemaskini aplikasi di dalam tab .. Allah ada bersama mereka yg jujur.. tab itu kadangkala suami guna.. entah mcm mana FB dia tak log out.. saya terbaca semua chatting dia dengan betina-betina sundal, jalang yg seperti bangkai layaknya.. sebagai seorang isteri yg selama ini menjaga maruahnya sebagai suami, hancur luluh hati saya bila baca kata2 lucah sesama mereka.. Hingga terbongkar rahsia selama dia outstation, rupanya dia pergi berjumpa betina-betina bangkai tu semua dan baru saya tahu rupanya dia minum arak dan mabuk!.. hancur berkecai hati seorang isteri..saya ambil beberapa jam masa bertenang utk digest semua itu..
    Mmg sixth sense isteri amat kuat sebagaimana instint seorang ibu.. selepas setahun dua berkahwin saya sudah dpt rasakan sesuatu.. setiap kali kantoi, dengan angkuh dia salahkan saya dan marah kt saya, hingga keluarkan ayat yg tak sepatutnya seorang suami ucapkan.. saya menangis.., menagis… menagis… tiada siapa tahu… saya tanggung sendiri.. utk jaga maruahnya, saya tidak ceritakan kpd family or kawan2.. tapi yg yg menanngung hingga jatuh sakit hingga admitted.. sejak itu kesihatan saya makin merosot.. tapi saya kuatkan diri kerana Allah..
    Saya confront dia dan saya tunjuk semua apa yg ada dlm tab.. Pd mulanya dia marah dan menafikan.. dituduhnya saya menceroboh etc.. kali ni saya fight habisan.. sbb ini bukan pertama kali., saya takkan benarkan dia buli saya lgi mentally.. sampai satu tahap saya kata akan bgtau mak fan kelaurga saya dan keluarga dia dgn semua bukti yg saya dh kumpul.. lengkap..
    setelah saya betul-betul tenangkan diri etc, saya ajak dia berbincang cara baik., pengakuan demi pengakuan terkeluar… rupanya sblm kahwin dgn saya dia sudah melanggan pelacur., dan berlarutan selepas kahwin… hancur sehancur hancurnya hati saya..
    saya tak ada perkataan utk dia.. semua saya serahkan kpd Allah sebaik-baik Penghukum.. walau katanya dia tak akan buat lagi dan delete semua dlm contact, fb, chat etc., saya tidak tahu kalau saya masih ada percaya utk dia..
    Sekarang saya hanya meneruskan hidup kerana Allah dan apa jua kemaksiatan yg dia lakukan, saya mohon Allah beri pembalasan segera kpd dia ketika dia melakukan kemaksiatan itu.. Saya bgtahu dia., saya takkan hukum dia, bukan saya utk menghukum, saya mohon Allah menghukum dia dgn setimpal hukuman tanpa saya menanggung beban atas perbuatan terkutuk dia.. keluarga saya orang baik, kenapa mereka yg menanngung beban atas perbuatan maksiat dia? Allah Maha Adil.. bila mana Allah menjatuhkan hukumNya, saya harap dia akan bawa penyesalan itu hingga ke akhirat.. dan saya berdoa, di akhirat nnti dia berbaris bersama-sama betina-betina sundal itu merayu kemaafan daripada saya., kerana hingga ke hari ini tiada kata- kata maaf dari dia.. dan betina sundal itu semua harus meminta maaf atas kemaksiatan mereka, mengakibatkan kehancuran hati saya, dan setiap inci perbuatan mereka tidak saya redha dunia akhirat..
    Mungkin sebagai suami engkau menang dengan keangkuhan keegoan di dunia ini.. Sebagai isteri aku boleh kau buli.. Tetapi tidak dengan Allah Taala.. pembalasan Tuhan dtg tidak dpt kau jangka bila.. kalau ketika itu kau nazak tanpa sempat memohon maaf, jumpa di akhirat kelak, engkau di dalam barisan bangkai itu… Ingat, Allah itu ada… Ego engkau yg setinggi langit tidak dapat menepis walau sezarah kekuasaan Allah Taala… Semoga engkau temui jalan menuju redha Allah…

  • Berbagai ragam manusia zaman alam siber, berkenalan ramai2,cheting siang malam,byk masa dihabiskan dengan chat. Rmh tangga yang aman pun boleh hancur krn sikap suami yang berlagak muda berkenal mesra dan bermain cinta dengan gadis padahal umur sudah 56 tahun dan punyai 4 cucu. Malam byk masa dihabiskan dg chat seolah2 sedang mencari jodoh. Putus cinta sorang tambah lagi seorang,berkenalan ramai2 dan tidor memang tidak cukup krn selepas send tunggu reply pulak,tdor2 ayam, pagi mengantuk.. Bangun pagi ucap good morning dulu baru solat, selagi tidak dijawap terus baring hingga matahari memancar.. saya sebagai isteri tidak boleh menegur walaupun Allah larang perbuatan itu. Dalam chat rindu2an tidak lelap tdo malam padahal kita ada disebelahnya. kalau sudah ber tittle datok memang susah nak nasihat krn mrk tahu semua yang dilarang cuma buat2 tidak tahu. hendak menikmati nikmat dunia sepuashati baru nak bertaubat.Gaji byk mana pun tdk ckup krn tidak berkat, byk duit belanja teman wanita, tetapi bila isteri ajak makan diluar cakap tiada duit.
    Sekarang byk rmh tangga yang hancur, tetapi walau mcmana pun perangai suami kita perlu pertahankan daripada roboh. namun kekuatan iman sahaja yang dapat mengekalkan rmh tangga. Penderitaan batin isteri menyebabkan badan dari 50 kg menurun 40 kg.. Suami berusia 50an ,perlu berhati2 para isteri, krn mrk punya anak yang telah dewasa dan tidak ada nak bercakap selain dari isterinya. masa inilah suami akan merayau dalam FB atau Wechat. padahal inilah masa untuk ditumpu pada ibadat
    Suami ego,suka dipuji dan disanjung,lebih2 lagi kalau ada rupa adalah pakej lengkap idaman anak dara,tanpa mengira suami orang. kalau duit cuma cukup menampung sebulan tapi masih berlagak duit byk, menceritakan nak beli rumah ratusan ribu. Bayak leleki sekarang bergaji kecil tapi berlagak kaya,.bergaya mcm orang 20an. kalau suami boleh berunding tiada masalah tapi kalau tidak boleh ditegur apa yang dibuat,memang memeningkan. inilah masalah yang saya hadapi sekarang.Tiada penyelesaian setiap masalah yang timbul dan tidak adapenyudahnya
    Doa dan solat hajat yang dapat menengkan jiwa, meletakkan Allah mendengar keluhan kita,selagi diuji, menunjukan Allh sayang dan kita memohon padanya dengan bersungguh2. Itulah amaln yanag sya buat,semoga satu hari nanti terbuka pintu hati untuk meninggalkan tabiat buruk.Apa yang berlaku kena redha krn Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

  • Sy seorang mualaf dn mempunyai 2 org ank. Apa yg sy lalui lbh dasyat dn x sggup sy ceritakan segalanya yg berlaku. Semasa mengandungkan anak pertama, suami xmhu tinggal bersama dgn alasan belum dpt rumah dan terpaksa sy menumpang di rumah sepupu. Selama sy mengandungkan ank dia, xpernah sekali pun dia temankan sy ke klinik. 2kilometer berjalan kaki ke klinik setiap kali. Masa 2 suami xmpunyai apa2 kenderaan dn sllu ikut kwn2 pg ke mana2.Klu dlm sebulan cuma sekali dua je dtg jenguk sy dn cuma mmberi 200rgt utk belanja mkn. Setiap kali weekend sy akn cuba hbungi dia tpi gagal. Allah maha pengasih.. apabila kndungan sy 5bulan thu dia ada hbgn sulit dgn pmpn yg bkerja kat shopping mall. Dn duit gaji yg selama ni utk byr hutang katanya hanyalah utk menampung perbelanjaan sewa hotel dgn pmpn murahan dn mbeli arak utk diminum bersama kwn2. Yg lbh dasyat lg dah terang2 kantoi dia masih lg berlagak xbersalah. Setiap mlm sy menangis sehinggalah subuh. Kecewa..merana..menderita..dan hampir2 bunuh diri cuma Tuhan yg thu.. Selama kmi berkahwin sekalipun x pernah bawa atau ajar sy utk solat.

  • Suami, klu dah buat memang sukar akan berhenti.. sekali dah kantoi makin pndi simpan dn sgt berhati2 malah sgt2 licik.. tapi syukur alhamdulillah…. Allah maha penyayang.. sekarang dia dah berubah dalam pandangan mata sy.. tapi di belakang ape dia bt sy cuma dpt berserah. Mungkin sebab Allah turunkan penyakit itu utk dia taubat..dan sedar yg Allah itu ada… kepada suami2 di luar sana sedarlah Allah itu ada. Janganlah kejam terhadap isteri dan anak2.. sedarlah bahawa berbuat dosa bermakna mengejar neraka…

  • saya mengalami sedikit sebanyak perkara yang sama, x-girfren suami saya jumpenya dlm fb, selama 10thn kawin suami saya tak pernah curang. suami jd penipu, lalai tanggungjawab sebagai suami. perempuan ni janda kematian suami sudah 4 thn, tp yang tak faham harga diri seorang janda sanggup keluar dengan suami orang, tak faham saya perempuan sebegini. sanggup mendesak suami supaya tanya saya untuk berkahwin, ya saya relakan tapi lepaskan saya…saya tahu suami saya tak mampu, saya bekerja pun masih tak cukup menampung perbelanjaan kami. perempuan ni pulak tak bekerja, janda kaya x-stewardess, laki dulu pilot bayangkan la memang makan tido je kejenye….
    perlukah saya bagi peluang pd suami saya walaupun mereka telah tersasar jauh….remuk hati ini. katanye masih cintakan saya dan anak2. pernah suami berkata telah meninggalkan janda tu, tp tipu belaka, mereka masih berdating dan bersama apakah kali ini dia berkata benar?

  • Saya kagum dgn ketabahan awak..doakn sya setabah awak..ALLAH ITU ADA

  • sy pun ada masalah suami curang…kali pertama, tarikh perkahwinan dah dekat….sy jmpe gmbr lucah ppuan bg kt die dlm fon die….n mcm2 lg msj dgn ppuan lain yg berbaur lucah… bile die tau yg sy dah tau, mcm2 alasan die bg…xngaku…akhirnya mengaku jugak….esoknya sy bleh je senyum dpn die….sy mntak die brubah…sy usaha untuk die berubah dengan cara berhikmah….sy cube jd p-puan paling baik mase tu….lpas sebulan kawin, dia buat lg…die msj dgn sorg ppuan ni mcm bercinta…dan ada kate nk jumpe nk peluk cium…..sy kecewa sgt….tp sy maafkan…die pn nmpak menyesal sgt..itu pun pd awalnya xnk mengaku n putar belit..last2 dia kata xnk buat dh….tp 3 bulan lpas tu dia buat lg…..sy jumpe msj die ajak ppuan ni berzina,,…huhu…skrg sy dlm dilema…sy rasa mcm nk je pergi mintak khuluk….cerai cara baik…sy dh tak mampu lyn dia dgn baik….apa gunanya sy trus jd isteri dia kalau hari2 dpt dosa…dah byk kali sy maafkan….kesabaran sy pn ada hadnya…kalau sy jd janda pn sy redha..umur pun baru 25…tp bkn senang kan nk pergi pejabat agama smua…mungkin org pejabat agama akan suruh sy bersabar lagi…huhu…sy tak tau nk buat ape skrg