Lelaki: 10 Kesilapan Dalam Bercinta

10 Kesilapan Yang Boleh Menganggu Hubungan Anda Dan Teman Wanita.

Kesilapan Bercinta

1.) Anda bercerita mengenai masa lalu anda pada dia tanpa dia bertanya pada anda. Pasangan anda bukannya tempat untuk anda luahkan perasaan. Sebaliknya, anda perlu fokus untuk membahagiakan dia apabila berjumpa.

 

2.) Anda memandang dan bercerita mengenai wanita lain apabila anda bersama dengan dia.

 

3.) Anda terlalu memuji dia sehingga anda kelihatan seperti terpaksa memuji dia.

 

4.) Anda terlalu awal memberi dia hadiah yang mahal. Perbuatan ini seolah-olah menunjukkan anda merayu-rayu untuk dapatkan perhatian dari dia.

 

5.) Anda memegang dan meraba-raba pasangan anda. Sebagai orang Islam, perbuatan memegang dan menyentuh manusia yang bukan mahram adalah haram. Dia juga pasti tidak selesa untuk bersama dengan anda kerana sikap melampau anda itu.

 

6.) Anda terlalu serius ketika bersama dengan dia seperti membincangkan sesuatu topik terlalu serius sehingga membawa pergaduhan.

 

7.) Terlalu jiwang dan setiap kali bertemu anda akan beritahu dia apa yang anda rasa tanpa bertanya apa yang dia rasa terhadap anda.

 

8.) Anda sentiasa mendesak dia untuk selalu bertemu. Seperti anda yang memerlukan ruang dalam hidup anda, dia juga perlukan ruang untuk jalani kehidupan peribadi dia. Jangan terlalu mendesak dan jalani hubungan percintaan dengan sabar.

 

9.) Anda sentiasa berbincang mengenai masa hadapan hubungan anda berdua tetapi tiada satu pun tindakan yang anda lakukan. Jangan berjanji sesuatu yang anda tidak yakin untuk tunaikannya.

 

10.) Mengajak dia melakukan perkara yang tidak senonoh seperti hubungan seks dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

Ops! Tiada Komen Lagi. Jadilah Yang Pertama