Mandi Bunga Dapatkan Jodoh

Apakah hukum mandi bunga untuk mendapatkan cinta dan jodoh?

mandi bunga

Sepertimana yang kita ketahui, jodoh pertemuan dan ajal maut semuanya telah ditentukan Allah SWT. Untuk mendapat jodoh, kita juga harus berusaha selepas bertawakal kepada Allah SWT.

Salah satu usaha yang dianjurkan ialah dengan bertemu bomoh yang menganjurkan mandi bunga. Bomoh ini kononnya mengamalkan ayat-ayat Al-Quran tetapi mandi bunga ini tetap juga dianjurkan. Betulkah di dalam perubatan Islam itu terdapat mandi bunga? Apakah hukumnya jika mengamalkan mandi bunga ini?

Apakah hukumnya jika si anak tidak mahu melakukan mandi bunga ini dan menyebabkan kemarahan kedua ibu bapanya yang niat mereka hanya untuk kebaikan anak mereka?

  • Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak diiktikadkan yang ianya boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah SWT sahaja.
  • Mandi air bunga bukanlah perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman Baginda.
  • Ianya hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan.
  • Bagi kes di atas, seseorang itu dipaksa mandi air bunga kerana kononnya sebagai mendekat jodoh, tetapi ia enggan berbuat demikian sedangkan ibunya memaksa ia berbuat demikian. Yang terlibat hendaklah berbuat demikian jika difikirkan kemudaratan tidak berbuat demikian lebih besar dari kemudaratan ia mandi air bunga tersebut.
  • Seeloknya perempuan yang terlibat perlu membaca setiap hari surah Yusuf dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang sesuai dengannya, Insya Allah.

Semoga bermanfaat dan berguna buat semua! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

4 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • sy prnah dipaksa paklong sy utk mandi bunga.. mula2 sy membantah juga kerana sblm mandi tu badan kena diperasapkan dgn “kemenyan mekah” dahulu..sy ragu2 sbb menurut pemahaman sy, asap adalah makanan jin dan perubatan Islam hanya menggunakan air sahaja..tp sy buat juga sbb nk jaga hati paklong sbb paklong betul2 percaya Ustaz yg mengubat itu..
    sblm mandi, dibaca satu ayat utk mnta jodoh dn sepotong ayat al-Quran. sy menyebutnya sambil dlm hati menidakkan apa yang dibaca & istighfar..

    • Salam aniera , so skrg ni awk dah ade tanda2 dekat jodoh tak ? sy xpercayakan mndi bunga ni sebab takot , hehe :) . Tapi skrg , awk rse menjadi ke mndi bunga2 ni? Saje je lah nk thu . Sbb awk da ade pengalaman mndi bnga

  • adakah jodoh saya ngan firdaus?dia baik ngan saya dan dia pun ada kawan baik yg benama fikri mereka tidak pernah berpsah sedangkan mereka hanya kawan.

  • assalammualaikum..saya tika saya sebulan sekali nak mandi bunga, sbb mandi bunga in meyegar kn badan untk diri kita…tqs..