Masa Lalu Hanya Tempat Dilawati Bukan Didiami

Setiap dari kita menyimpan seribu satu peristiwa yang berlaku di masa lalu. Pelbagai warna yang kita jadikan semuanya itu disimpan rapi atau dijadikan bahan bualan atau jua perkara yang dikongsi dengan orang lain. Ada yang manis, yang pahit atau apa jua rasanya, itu semua menjadi sebahagian dari episod-episod hidup yang telah kita lalui ini.

 

Namun dalam pelbagai peristiwa itu, ada perkara-perkara yang telah berlaku memberi impak yang sangat besar kepada kita. Ia menjadi sesuatu yang terus diingati, meskipun ia telah lama berlalu pergi. Lebih-lebih lagi perkara yang mengubah keseluruhan landskap kehidupan kita. Perkara-perkara yang melibatkan emosi kita sangat tercalar. Hatta perkara-perkara yang sangat kita benci dan ia membuatkan kita sedaya-upaya menghalau dari minda.

 

Hal-hal yang lalu ini adakalanya menjadi belenggu kepada kehidupan yang sedang dilalui. Belenggu yang membuatkan kita lupa tentang masa depan yang sedang menunggu. Bukan hanya masa depan, malah masakini yang sedang dimiliki.

 

Jadikan hari ini lebih bermakna kerana masa depan dibina pada hari ini! 1 minit dikau bersedih membuatkan dirimu terbazir sebanyak 60 saat waktu untuk berpeluang rasa gembira dan bahagia.

 

Janganlah terus terperangkap dalam dimensi masa lalu, ia hanya tempat untuk dilawati sekali sekala TETAPI bukan untuk didiami. (Pakar Diari Hati)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

Nama diberi Mohd Aidil Bin Sahipaludin, memulakan penulisan dalam http://diarihati.com/blog/ dengan nama pena Pakar Diari Hati (PDH). Semoga segala perkongsian ini menjadi wadah untuk berubah, menjadi motivasi untuk mengisi kehidupan diri dan menjadi amal yang dihitung di akhirat kekal abadi. Temui saya di page https://www.facebook.com/diarihati

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

5 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • cam best jam ni…leh gtau details camne nk oder….

  • Salam, TQ PC…..

  • niceee….kata-kata yg begitu menyentuh hati ,,,,,, and senag di mengerti dan cepat di fahami ..
    like like like like

  • nice … like like like …..