Mengapakah Perasaan Selalu Berubah-Ubah?

Assalamualaikum Pakar Cinta. Kadang-kadang saya rasakah perasaan sayang kepada si dia. Kadang-kadang rasa bosan. Kadang-kadang rasa rindu. Kadang-kadang rasa benci. Mengapakah begini PakarCinta. Adakah salah saya memaksa perasaan saya untuk menyintai seseorang? Saya akui saya menerima si dia kerana rasa terpaksa, tetapi saya tahu si dia jujur untuk menerima saya seadanya. Bantulah saya PakarCinta.

Lisa, Kota Tinggi.

Jawapan Cinta:

Waaalaikumusalam Lisa. PakarCinta sejujurnya ingin bertanyakan kepada Lisa adakah Lisa benar-benar menyintai si dia? Cinta bukan untuk dipaksa, cinta memerlukan ketulusan dan keikhlasan. Jangan sesekali kita memainkan perasaan orang. Jika si dia benar-benar menyintai Lisa, janganlah melukakan hati dia.

Sebenarnya kita sebagai seorang perempuan memang ada masanya berubah. Ini kerana faktor emosi, seseorang akan menjadi mudah sensitif, cepat marah dan sebagainya. Perubahan ini biasanya tidak disedari oleh ramai wanita. Sebaliknya, ia lebih banyak dikesan oleh mereka yang hampir dengan kita terutama pasangan wanita. Ini kerana emosi dan persaan seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh hormon yang terdapat dalam tubuhnya. Dua hormon utama yang terdapat dalam tubuh wanita ialah hormone estrogen dan progesterone. Sekiranya berlaku ketidakseimbangan pada hormon-hormon ini, maka ia boleh menyebabkan perubahan terutama kepada mood wanita terbabit.

Jadi, jangan terus menyalahkan si dia, sebaliknya sama-samalah menerima kelemahan dan kelebihan masing-masing seadanya.   Hargailah si dia sebelum si dia meninggalkan kita.

Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan jadi igauan pemujanya.

:. Model Pakar Cinta ♥ .:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

1 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • knpe dia