Pantun Masuk Meminang <3

Dalam beberapa hari sahaja lagi, cuti penggal persekolahan bakal tiba, oleh itu, ramai yang mengambil kesempatan sempena cuti ini untuk mengadakan majlis sama ada perkahwinan atau meminang. Di sini PC ingin mengongsikan beberapa rangkap pantun soal jawab antara pihak lelaki dan perempuan sebagai satu adat masuk meminang. Sesiapa yang yang ditugaskan untuk berpantun nanti, boleh la ambil dari sini ye ;)

 

yaya-meminang

Berbalas pantun antara tetamu (pihak lelaki) dan tuan rumah (pihak perempuan).

Pihak lelaki:-
Akar memanjat pohon ara
Nampaknya cantik berseri laman
Besarnya hajat tidak terkira
Hendak memetik bunga ditaman.

Pihak perempuan:-
Nampak cantik berseri laman
Tempat bertandang beruk dan kera
Hendak menyunting bunga ditaman
Sudahkah cukup syarat dan kira?

Pihak Perempuan:-
Pergi mengail ikan gelama
Laut gelombang serta gelora
Niat baik sudah diterima
Nak tengok dulu muda kah tua!

Pihak lelaki:-
Bunga cantik hiasan taman
Bunga sena penghias biara
Tentulah pemuda yang jadi idaman
Orang tua pengatur bicara.

Pihak lelaki:-
Kalau padi katakan padi
Tidaklah kami tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidaklah kami ternanti-nanti.

Pihak Perempuan:-
Pohon cempedak ditepi titi
Pohon nangka buah sebiji
Kalau sudah berkenan dihati
Marilah kita mengikat janji

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

Cinta yang ikhlas dapat menjamin kehidupan yang lebih ceria dan bahagia tetapi cinta yang tidak disulami dengan kasih sayang akan mendatangkan derita pada diri. Walau bagaimanapun, kehadiran cinta amat penting dalam hidup kerana ia mampu menjadi pendorong dalam melakukan aktiviti seharian, seterusnya membuatkan diri anda sentiasa cergas, sihat dan gembira.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

2 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • best…

  • best sangat…tapi sye nk buat pantun! pegi umah sharul makan tapai kalau x sampai boleh saye capai….