Penipuan Dalam Hubungan Cinta

Di dalam sesuatu perhubungan, penipuan adalah merupakan satu faktor yang amat perlu diambil serius kerana ia mampu untuk memutuskan satu pertalian yang telah dibina.

Ini kerana perhubungan melibatkan kejujuran antara kedua-dua belah pihak, tanpa kejujuran pasti hubungan tersebut akan muncul pelbagai masalah. Anda perlu terlebih dahulu memikirkan kesan penipuan yang akan wujud hasil daripada penipuan yang telah anda lakukan.

ayat-ayat cinta

Hubungan terputus - Ini adalah merupakan kesan utama akibat daripada penipuan. Hasil daripada tinjauan yang telah dilakukan, lebih daripada 80% pasangan menyatakan bahawa punca perpisahan adalah disebabkan penipuan. Lebih 60 % pula menyatakan bahawa mereka tidak akan menerima kembali pasangan yang telah mensiakan kepercayaan yang telah diberikan.

Diselubungi rasa bersalah - Untuk penipuan yang lebih serius, terutamanya melibatkan mengenai soal seksualiti, lebih 50% pasangan menyatakan bahawa sering diselebungi perasaan bersalah terhadap pasangan mereka. Apa yang lebih membimbangkan lagi adalah perasaan ini terus menghantui mereka sepanjang tempoh bersama pasangan. Untuk sesiapa yang mempunyai masalah ini, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.

Dibalas dengan penipuan - Mungkin sebelum ini pasangan anda merupakan seorang yang jujur dalam hubungan, tetapi mungkin tidak selepas penipuan yang telah anda lakukan. Anda perlu bersedia untuk menerima kemungkinan ini. Ini kerana, lebih daripada 40% menyatakan bahawa mereka akan membalas kembali penipuan yang telah dilakukan. “what you  give? you get back!!”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

Cinta yang ikhlas dapat menjamin kehidupan yang lebih ceria dan bahagia tetapi cinta yang tidak disulami dengan kasih sayang akan mendatangkan derita pada diri. Walau bagaimanapun, kehadiran cinta amat penting dalam hidup kerana ia mampu menjadi pendorong dalam melakukan aktiviti seharian, seterusnya membuatkan diri anda sentiasa cergas, sihat dan gembira.

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

Ops! Tiada Komen Lagi. Jadilah Yang Pertama