Salam PakarCinta perlukah mencari kesempurnaan dalam bercinta? Saya selalui merasa rendah diri terhadap diri saya, dahlah tak cantik, tak pandai bergaya tetapi saya masih tertanya-tanya kenapa si dia yang sangat kacak, kuat pegangan agama dan baik hati sangat mencintai saya dan melamar saya untuk menjadi isterinya?
-Syakirah, Shah Alam.
Setiap manusia yang lahir di muka bumi Allah ini dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan. Sama ada luaran mahupun dalaman. Tapi manusia sekarang lebih suka membanding beza mengikut fizikal dan luaran mereka. Membezakan manusia dengan cantik luar sampaikan timbul perasaan rendah diri. Tapi, tidakkah Syakirah bersyukur kepada Allah iaitu Syakirah telah dilahirkan sempurna?
“Jangan kerana ingin mengejar cinta yang sempurna, kita meninggalkan cinta sederhana yang membahagiakan.”
Syakirah, tidak semua lelaki melihat seseorang wanita berdasarkan rupa paras semata-mata. Dalam cinta tidak memerlukan kesempurnaan tetapi, kedua-dua insan dalam percintaan yang masing masing mempunyai kelebihan dan kelemahan masing haruslah bersama-sama melengkapi masing-masing. Ingat, tiada manusia yang sempurna. Mungkin ada tarikan sendiri yang ada pada diri Syakirah yang berjaya menawan hatinya mungkin? Siapa tahu kan?
Dalam hadits Rasulullah saw bersabda :
“Rombongan pertama yang masuk syurga wajah mereka bagaikan bulan purnama. Rombongan berikutnya bagaikan bintang dilangit yang paling terang cahayanya.” (HR. Al-Bukhori, Muslim, At-Tirmidzi)
Jadi, jangan terlalu rendah diri kalau rasa diri tak cantik, yang penting, cantik dalaman. Terimalah lamaran si dia sekirannya si dia menepati syarat seorang suami yang soleh yang dapat membimbing Syakirah. InsyaAllah.












Assalamualaikum….sy percaya tiada cinta yg sempurna didunia ini…Cinta yg sempurna hanya CINTA pd Nya Allah yg maha Esa…