Salahkah Mencari Teman Hidup Ketika Masih Belajar?

Saya baru melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan. Saya telah jatuh cinta kepada seorang gadis yang sebaya usia dengan saya. Persoalan saya, bolehkah saya bercinta pada usia saya yang masih lagi belajar?

Jawapan:

Tidak salah sewaktu kita sibuk belajar kita mengambil peluang mencari pasangan hidup tetapi hendaklah mengikut syara’. Sekiranya kita menjalinkan hubungan cinta untuk berseronok dan memuaskan nafsu semata-mata maka itu adalah haram hukumnya. Namun hubungan yang dibentuk untuk bersatu dalam membentuk rumahtangga maka ia adalah harus, tetapi hendaklah menjaga batas-batas yang digariskan oleh syariat.

 

Mencari pasangan pada usia yang terlalu muda tidaklah sesuai sekiranya masih lambat untuk mendirikan rumahtangga. Bimbang hubungan yang terjalin antara lelaki dan perempuan tidak mampu dikawal dan terjerumus ke lembah maksiat.

Firman Allah Taala :

” Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (surah isra’ ayat : 32 )

 

Kita bukan sahaja dilarang mendekati zina tetapi segala bentuk perbuatan yang mendorong berlakunya zina. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

5 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • artikel nie byk membantu…=)
    mmg nk bcinta waktu belajar tk slh…tp takot dgn bercinta waktu belajar nie la yg akan buat salah…simpanlah perasaan tue sebaikny sehingga waktu mengizinkan…pendam rs cinta sesama manusia terutamanya yg berlainan jantina itu adalah lebih baik…=)

  • terima kasih berkongsi.

  • salam…betul ke s0rg pmpan baik hny tuk lelaki yg baik?klu cm 2 bgaimana pula dgn sbilangan pmpan yg tlh mmpunyai sejarah itam n ingn mmulakn idup br serta muhasabah dr…adkh dia tidk layak tuk s0wg lelaki baik yg sggp mnrima kkurngnnye n mmbimbing dia ke jln yg sptutnye?

  • bercinta smasa masih belajar tidak mengapa , persoalannya remaja sekarang belum berfikiran matang sepenuhnya dan itu lah yang menyebabkan terjerumusnya ke lembah maksiat.. utamakan cinta Allah dahulu and pandai2 lah combine cinta utk si dia , bila ingat Allah ,terus ingat si dia , insyallah ,dia lah yg terbaik untuk anda ! peace with iman .

  • tanx di atas artikel yg begitu mnarik skali..
    alhmdulillah..
    byk mmbantu..