Tahun Baru, Cinta Baru?

Salam Pakar Cinta, saya baru sahaja putus cinta dengan kekasih saya November lalu. Berat di hati saya untuk menerima kenyataan ini.

Saya terlalu cintakan dirinya. Tetapi, setelah melihat kecurangannya yang berlaku di depan mata, cinta saya kepadanya menjadi hambar.

Walaupun begitu, kenangan-kenangan cinta kami selalu bermain di fikiran. Bagaimana caranya Pakar Cinta untuk melupakan cinta lama dan menemui jodoh baru untuk tahun 2012 ini?  

-Lisa

Jawapan: 

Saudari Lisa, carilah pengganti, bahagiakanlah diri. Yang dului tu dululah, elakkan untuk selalu mengingat lagi. Anda ada hak untuk mengecap bahagia!

Bagi PakarCinta, apabila anda sudah berjumpa pengganti lalu, anda akan bahagia dengannya dan saudari akan muda  untuk merima perpisahan dulu sebagai sebahagian daripada sejarah hidup anda.

Lama-kelamaan, ingatan terhadap si dia di masa lalu serta situasi-situasi di masa lalu akan mengurang sedikit demi sedikit, menghilang, menghilang lalu menghilang habis. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.

Carilah kumbang yang betul-betul punya kumbang. Lelaki ada banyak jenis.

Setiap kali menjelang tahun baru, ramai akan melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta. Ini sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang. Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran.

Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan. Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

 

Ikuti petua ini untuk anda mencari pasangan baru atau jodoh untuk tahun 2012:

Lupakan Masa Lalu – Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran.

Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin. Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan, bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun.

Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

Temui Ramai Orang -Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali.

Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna. Keluarlah dari zon selesa anda.

Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan.

Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

Ubah Penampilan - Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini.

Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan. Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori.

Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

Jangan Terburu-buru - Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu.

Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

 

Jangan Terlalu Memilih - Setiap orang pasti ada kekurangannya. Jadi apabila anda begitu khusyuk akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

Buat Keputusan - Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan.

Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan ‘tidak’. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

4 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • Jadi tambah pengetahuan nih, trim

    • cinta baru dalam tahun baru juga baru…? Ga akan bakalan tergantikan karena hamba dah terikat ikatan suci yang terikrar dalam perjanjian bersama,jika beliau mau ingkar silakan akan tetapi mohon dipikirkan dahulu bukan menuruti nafsu dunia ataupun ego…,jika bisa dimaafkan dan bisa diberi kesempatan utk tidak mengulanginya…akan bisa nyaman…akan tetapi jika itu dari awal pacaran punya niat jelek dulu maka semakin menghindar apalagi kita sudah punya pasangan ataupun menikah ,kita tetap berdosa yang pertama ingkar janji padanya(ortunya),dusta diri sendiri kedua pada janji sama sang maha pencipta karena apa yg telah terucap meski lewat tulisan /sms tetap ingkar serta mendustainya,maka dari itu aku pilih ngga memilih cinta baru atau selingkuh hati dalam cinta tahun baru dengan cinta baru…

  • Your problem is same with me… it so hard to erase the memory with her… until now, im wait.. how will be erase my memory with her… im looking for that…

  • macam mana pulak kalau kita yang nak memutuskan sebab dia jarang bagi perhatian tapi dia tak nak putus? adakah hubungan itu sebenarnya sudah hancur atau masih on going?