Engkau ingin disayangi, ingin dimanjai,
Engkau juga ingin cuba menyayangi..
Tetapi saudariku, Nurul..
Ketahuilah engkau,
Bercinta itu memang fitrah,
Tetapi janganlah engkau menodainya dengan fitnah,
Kalau benar engkau mengasihinya,
Kasihi dia kerana Pencipta Fitrah,
Dan jika engkau benar mengasihinya kerana Allah,
Engkau tak akan melemparkan panahan menggodamu..
Kerana engkau tahu,
Itu akan menggoyahkan iman seorang lelaki!
Dan engkau juga mengetahui,
Dia punya 9 akal dan 1 nafsu,
Namun nafsu itu sentiasa meraja di dalam dirinya,
Nafsunya bagai seorang raja yang menggila!
Kerana engkau tahu saudariku, Nurul,
Dia akan terjerumus ke dalam api yang membara,
Andai dia menjadi hamba raja nafsu yang gila.
Adakah benar engkau mengasihinya kerana Allah??
Maafkan aku para saudari seimanku,
bicaraku mungkin penuh ketegasan,
Aku tidak membencimu,
Tetapi aku membenci mungkar itu,
Dan kerana aku takut akan api jahanam yang bergolak itu,
Aku menegur yang mana mampu..
Kerana aku takut,
Andai aku tidak menegurmu,
Kita akan sama-sama terbaring disana, sebagai bahan bakar-Nya,
Yang terlalu pedih, yang terlalu siksa, yang terlalu AZAB..
SUBHANAALLAH!
JAUHILAH DIRIKU DAN DIRINYA DARIPADA MENDEKATI ZINA..















kenapa nurul?
Nurul adalah merujuk kepada WANITA. Itu sahaja.. :-)
subhanallah/masyaAllah dgunakan apabila kita ta’jub dgn sesuatu yg dilihat
utk yg ni lbh sesuai na’uzubillah / astagfirullah
wallahu’alam ~
SUBHANAALLAH = Maha Suci Allah..
Maha Suci Allah! JAUHILAH DIRIKU DAN DIRINYA DARIPADA MENDEKATI ZINA..
P/S: Tak mengapa, ianya boleh digunakan. ^_^
sebab tu la saya nk buat keputusan untuk berkahwin untuk mengelakkan diri dr terjerumus ke lembah maksiat