Wanita Muslimah Laksana Bunga Yang Menawan…

 

Wanita muslimah laksana bunga yang menawan..

Wanita muslimah bagaikan sebuah perhiasan yang tidak ternilai harganya..

Teramat banyak yang ingin meraih bunga tersebut..

 

Namun tentunya tak sembarang orang berhak meraihnya, menghirup madunya.

Hanya yang dia yang benar-benar terpilih yang dapat memetiknya..

Yang dapat meraih pesonanya..

 

Dengan harga mahal yang teramat suci..

Sebuah ikatan amat indah, bernama pernikahan..

Kerana itu sebelum saatmu tiba..

 

Sebelum orang terpilih itu datang dan membawamu ke istananya..

Janganlah engkau biarkan dirimu layu sebelum masanya..

Jangan kau biarkan serigala liar menjadikanmu bahan permainan..

Jangan kau biarkan dia permainkan hatimu yang rapuh..

Atas nama taaruf atas nama cinta..

 

Kau tahu saudariku,  jika seseorang jatuh cinta..

Maka cinta akan membungkus seluruh aliran darahnya..

Dan menutup semua mata hati dan fikirannya..

 

Membuat seseorang lupa akan prinsipnya..

Membuat seseorang lupa akan besarnya fitnah ikhwan-akhwat..

Membuat seseorang lupa akan apa yang benar dan apa yang perlu dia hindarkan..

 

Membuat seseorang itu lupa tentang batasan pergaulan ikhwan & akhwat..

Membuat seseorang serahkan segalanya supaya orang yang dicintai bahagia..

Membuat orang tersebut lupa bahawa cinta mereka belum tentu akan bersatu..

 

cintaSaudariku,

Jangan sampai cinta menjerumuskanmu dalam lubang yang telah engkau tutup rapat sebelumnya.

Oleh itu, jika engkau mula menyedari adanya benih-benih cinta mulai tertanam lembut dalam hatimu yang rapuh.

Segeralah membuat sebuah benteng yang tebal lagi kukuh. Tanam rumput beracun disekelilingnya. Pasang semak berduri di pintu-pintunya.

Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati. Cinta yang takkan bertepuk sebelah tangan. Namun Allah tidak ego mendominasi cinta hambaNya. Dia berikan kita cinta kepada anak, isteri, suami, ibubapa, kaum muslimin. Yakinlah bahawa yang diberikan oleh Allah..

Yakinlah bahawa yang digariskan oleh Allah..
Yakinlah bahawa yang telah ditulis oleh Allah dalam Kitab-Nya..
Adalah yang terbaik untuk kita..
Adalah yang paling sesuai untuk kita..
Adalah yang paling membuat kita merasa bahagia..

Kerana Dialah yang paling mengerti kita, lebih dari kita sendiri. Dialah yang paling menyayangi kita. Dialah yang paling mengetahui apa-apa yang terbaik untuk kita. Sementara kita hanya sedikit saja mengetahuinya dan itupun hanya berdasarkan pada persangkaan kita.. :)

Ya Allah..

Kurniakanlah kami seorang suami yang soleh..
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya..
Yang sentiasa memperbaiki dirinya..
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah..
Yang baik akhlaknya..
Yang menerima kami apa seadanya..
Yang membimbing kami dengan lemah lembut..
Yang akan membawa kami menuju JannahMu Ya Rabb..

Kabulkan, Ya Allah..

Tentang Penulis

Kalau dia tidak ditakdirkan untuk kita, boleh jadi dia bukan yang terbaik untuk kita atau boleh jadi kita bukan yang terbaik untuk dirinya. Kalau dia bukan yang terbaik untuk kita, maknanya Allah dah sediakan orang lain yang paling baik dan sesuai untuk kita. Kalau kita bukan yang terbaik untuk dirinya, maknanya Allah mahu kita ambil lagi sedikit masa untuk muhasabah dan perbaiki lompong yang ada pada diri kita. Bersangka baiklah dengan Allah. Dan, jangan bersedih :) Berubah memang sukar. tapi istiqamah dalam perubahan itu lebih sukar. “rabbana latuzighr qulubana ba`daiz hadaitana…”

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

4 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • First time saya jumpa blog nie…alhamdulillah bnyak beri saya input mngenai wanita..Ya Allah betapa manisnya wanita-wanita yang menjaga adat dan kesopanan mereka sebagai wanita muslimah…saya berharap saya diantara wanita-wanita ini.Amin

  • like…like..like…i like the article..ia buatkan sy lebih tabah n positif…walaupun tanpa sang akhwat…moga2 tuhan permudahkn..

    • *ikhwan

  • like…like..like…i like the article..ia buatkan sy lebih tabah n positif…walaupun tanpa sang akhwan…moga2 tuhan permudahkn..