Yang Mana Satukah Pilihan Hatiku?

Assalamualaikum, saya harap laman web ini dapat diteruskan kerana ianya dapat memberi manfaat di samping itu meyelesaikan masalah mengenai cinta..

Saya ingin bertanya macam mana pula jika 2 orang jejaka telah menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap seorang wanita. Apakah tindakan yang harus dibuat supaya keadilan dan pembetulan dilakukan bagi menghadapi cinta yang sejati?

- Amalina Shukri

Waalaikumusalam Amalina. Terima kasih atas sokongan Amalina kepada blog Pakar Cinta ini. InsyaAllah, kami akan teruskan berusaha untuk memperbaiki serta memberi input-input yang berguna tentang cinta berlaskan Islam, InsyaAllah.

Amalina, secara fitrahnya seorang wanita hanya layak mencintai seorang lelaki dalam hidup mereka untuk dijadikan suami. Walaubagimanapun, adakalanya dalam hidup ini kita tersepit antara dua pilihan. Terpaksa memilih antara dua yang selalunya melibatkan masa depan, perasaan hati insan-insan tersayang, dan keinginan diri sendiri.

Bak kata orang hidup segan mati tak mau. Terasa sukar sangat untuk membuat pilihan kerana bimbang kesan yang berlaku apabila membuat pilihan yang salah. Ya, Pakar Cinta fahami situasi sebegini.

Antara Ciri-Ciri Suami Soleh:

  • Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan Rasulnya dan dapat pula membimbing isterinya.
  • Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
  • Suami yang bijak dalam memimpin tumah tangganya dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
  • Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan, dorongan, didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawap rumahtangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

Tetapi, tepuklah dada, tanyalah selera. Yang mana satu yang Amalina cintai? Yang mana satu yang boleh dijadikan suami? Yang mana satukah yang boleh membimbing Amalina ke jalan yang diredhai Allah. Bukan yang mana satu yang lebih tampan, yang mana satu yang lebih kaya atau yang mana satu mempunyai ‘six pads’?

Lakukan solat istikharah. Mohonlah petunjuk kepada Yang Maha Mengetahui. Sentiasa amalkan bertawakkal serta berserah kepada Allah kerana tiada penyesalan akan berlaku sekiranya kita yakin sesuatu itu berlaku kerana ketentuanNya.

Yang paling penting, ikut kata hati sesungguhnya hati lebih mengetahui apa yang diri kita mahu tapi fikir dengan wajar agar kita tak tersalah langkah & menghargai cinta yang baru…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tentang Penulis

"Tiada Kalam Yang Lebih Sesuai Untuk Dilafazkan Di Sini, Selain Daripada Syukur Tidak Terhingga Kepada Allah Yang Maha Pengasih, Yang Memberi Kesempatan Untuk Kami Menghasilkan Blog Cinta Yang Difikirkan Amat Bermanfaat Buat Para Ikhwan dan Ikhwanah.."

» Lihat semua kiriman yang dibuat oleh

« Artikel Sebelum Ini

3 Komen Telah Pun Ditulis Buat Masa Ini

  • laki-laki berhak untuk menaruh hati, menaruh asa pada seseorang tapi hak memilih untuk menerima atau menolak adalah ditangan seorang wanita, apupun itu adanya.
    Namun dalam proses pemilihan itu hendaklah ia (sang wanita) tidak mendahulukan unsur nafsu hatinya, tapi dahulukan yang bisa membuatmu bahagia di akhir kelak,
    lelaki yang menyintai seseorang wanita dengan cinta yang tulus dan dalam, yang menyintai karena sang khiliq, akan menerima apapun adanya, akan menerima dengan lapang dada, karena dia tidak ingin seseorang yang ia cinta menderita hanya karena memilihnya, karena kebahagiannya (sang perempuan) adalah harapan dan tujuannya, dan dialah seorang lelaki mulia.

    kerane lelaki yang mulia adalah mereka yang memuliakan wanita
    “ما أكرم النساء إلاّ الكريم”

  • Untuk membuat pilihan, timbanglah dalam 5 perkara. Pahala atau dosa, iman atau nafsu, taat atau maksiat, Allah redha atau Allah murka, syurga atau neraka. Antara 2 orang pilihan, siapakah yang mampu membawa perubahan kepada diri kita dalam 5 perkara ini. Maka pilihlah si dia kerana itu pasti keputusan yang tepat.

  • ok ok je ….=)